Nak Souvenier best?

Showing posts with label gaji penoreh. Show all posts
Showing posts with label gaji penoreh. Show all posts

Toreh Jangan Tak Toreh.. Torress?

~Kalau camni la kan.. Jom kita menoreh getah..

KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

NAK DAPAT FREE GIFT?



"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

lumayan:RM4,000 sebulan

KUALA LUMPUR - Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara kelmarin membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram itu menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, peningkatan harga itu begitu memberangsangkan serta melonjak dengan begitu cepat berbanding harga pasaran empat bulan yang lalu iaitu kira-kira RM10 sekilogram.

~baca kat kosmo.. kaya juga jadi penoreh getah ni kan?.. 4k sebulan.. masyuk tu.. jom toreh getah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...