Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.
Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.
Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.
Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.
Sejak itu popularitinya terus meningkat.
Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.
Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. - BERNAMA
~WAH.. SIAP DAPAT MASUK HISTORY CHANNEL DIA KAN..
Showing posts with label birthday datuk siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label birthday datuk siti nurhaliza. Show all posts
MACAMANA NAK SERTAI ASKAR WATANIAH?
~Masih tertanya-tanya.. Teringin juge. Boleh la setaraf dengan DATUK SITI.
KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.
"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.
Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Oh Birthday Siti Nurhaliza / Lagu Miz Nina & Noh
Selamat hari Lahir buat Datuk Siti Nurhaliza. Semoga murah rezeki dan dikurniakan cahayamata secepat mungkin.. Amin.. Katanya Datuk Siti sakit masa persembahan Anugerah Juara Lagu tu ye.. Lepas tu, nak legakan sakit tekak dia tu, dia ada ambil gula gula berangin.. Bagi sejuk sikit tekak tu kan,, Selalu pun buat camtu juga.. suke gula gua Hacks,, hilangla juga kegatalan kat tekak tu...
Ada ke sesiapa lagi yang sambut Birthday harini? Happy birthday ye.. Agaknya sambutan macamana ye yang anda semua teringin nak buat.. Dan agak agak apa hadiah birthday Datuk Siti ye tahun ni..
Pernah dengar ke Lagu Miz Nina dan Noh Hujan?.. Best tak?
Ada ke sesiapa lagi yang sambut Birthday harini? Happy birthday ye.. Agaknya sambutan macamana ye yang anda semua teringin nak buat.. Dan agak agak apa hadiah birthday Datuk Siti ye tahun ni..
Pernah dengar ke Lagu Miz Nina dan Noh Hujan?.. Best tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)
