Nak Souvenier best?

Showing posts with label Bualbicara Siti. Show all posts
Showing posts with label Bualbicara Siti. Show all posts

MACAMANA NAK SERTAI ASKAR WATANIAH?

~Masih tertanya-tanya.. Teringin juge. Boleh la setaraf dengan DATUK SITI.


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah pada masa terdekat.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.
"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini semalam.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.
Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

SITI NURHALIZA.

~Rupanya dah tamat Musim Pertama Rancangan SITI ni ye. Cepat la pula rasanya. Belum puas menonton. Tapi yang pernah tengok cuma sekali dua sahaja sebab kekangan masa..? Lebih dihabiskan diSINI la..

Yang terigat tentang rancangan SITI ni dimana dia temuramah TUN MAHATHIR (eh blog Che Det kena Malware jugak ye?-baru terbaca semalam). Tentang kisah Tun tak makan ikan.. Tak sangka kan mantan PM kita tu tak makan ikan..
------------

SITI adalah sebuah rancangan "talk-show" penuh inspirasi dan menghiburkan dihoskan oleh Penghibur Nombor 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Rancangan ini bukan hanya sekadar "talk-show" biasa, malah ianya mampu memberikan inspirasi baru kepada penonton dengan menyediakan ruang untuk berkongsi dan bercerita juga menghiburkan penonton.

Rancangan selama sejam ini dibahagian kepada 6 segmen yang kesemuanya dikendalikan oleh Siti. Setiap segmen dibahagikan untuk menunjukkan kepelbagaian Siti sebagai penghibur, penemuramah, prihatin, ramah dan menyokong bakat-bakat baru.

Official Facebook: SITI | Official Twitter: SITI



Boleh Ke Kutuk Orang Yang Pakai Tudung?

Mata masih belum mahu lelap. Ada tugasan yang belum selesai. Apakah itu?. (Harap sabar buat Fadwa, Azzey dan Meera ye.. maaf sebab ada hal sikit jadi proses pengeposan hadiah yang tidak seberapa itu masih belum diselesaikan.)

Berbalik pada tajuk kat atas, apa hak kita n sebagai manusia biasa nak kutuk-kutuk orang lain dengan cara pemakaian tudung mereka?.. Ini adalah susulan entry 'kutuk Dato' Siti pakai tudung?' (credit to LekatLekitGurl.) Rasanya dengan cara mengutuk, susah bagi seseorang untuk menerima sesuatu teguran. Cuba bayangkan diri kita berada dalam kasut 'orang yang kena kritik' itu. Adakah kita gembira?.. Pasti tak suka juga kan?..

Setiap sesuatu perkara yang kita tak setujui , haruslah ditegur.. diberi pendapat.. Dengan cara yang berhikmah.. Dengan betul.. Kalau main hentam saja, orang yang hendak ditegur tu pun mungkin boleh melenting jua. Nak kritik?.. Gunakanlah komen ala-ala sandwich.. (pinjam sekejap kata-kata Abuya Hayat)..

Macamana komen sandwich tu?.. Sapa boleh jawab?.. Ibnu Mustakim kot...

Kenapa Tun Mahathir Tak Makan Ikan..?

Jawapan ynag Tun Hasmah bagi adalah sebab mengikut mak kepada Tun Mahathir, sebab ikan ada cacing! Tapi kalau sushi atau sashimi beliau makan gak.. Kata Tun Mahathir kita perlu makanan yang cukup untuk membesar..

Itu yang menarik perhatian masa menonton rancangan bual bicara Diva Nombor Satu Negara, siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza. Rancangan talkshow terbaru tu bertajuk 'Siti'. Bersiaran di Astro. Kalipertama malam tadi, hos Tun Mahathir. Dan Malam ni pun ada juga, tetamu orang lainla pula..

Tahniah buat Dato' Siti sebab melangkah setapak lagi dalam dunia pengacaraan.. Semua orang boleh berjaya jika diberi peluang..

Duakali menonton tu, malam tadi dan tengahari tadi.. Nampak juga Siti sedikit gementar masa mengacara tu.. Tapi macam profesional pun ada juge..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...