Nak Souvenier best?

Showing posts with label rancangan Siti. Show all posts
Showing posts with label rancangan Siti. Show all posts

Birthday DIVA semalam.. HISTORY CHANNEL SITI NURHALIZA.

Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.
Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.
Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.
Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.
Sejak itu popularitinya terus meningkat.
Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.
Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. - BERNAMA

~WAH.. SIAP DAPAT MASUK HISTORY CHANNEL DIA KAN..

SITI NURHALIZA.

~Rupanya dah tamat Musim Pertama Rancangan SITI ni ye. Cepat la pula rasanya. Belum puas menonton. Tapi yang pernah tengok cuma sekali dua sahaja sebab kekangan masa..? Lebih dihabiskan diSINI la..

Yang terigat tentang rancangan SITI ni dimana dia temuramah TUN MAHATHIR (eh blog Che Det kena Malware jugak ye?-baru terbaca semalam). Tentang kisah Tun tak makan ikan.. Tak sangka kan mantan PM kita tu tak makan ikan..
------------

SITI adalah sebuah rancangan "talk-show" penuh inspirasi dan menghiburkan dihoskan oleh Penghibur Nombor 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza. Rancangan ini bukan hanya sekadar "talk-show" biasa, malah ianya mampu memberikan inspirasi baru kepada penonton dengan menyediakan ruang untuk berkongsi dan bercerita juga menghiburkan penonton.

Rancangan selama sejam ini dibahagian kepada 6 segmen yang kesemuanya dikendalikan oleh Siti. Setiap segmen dibahagikan untuk menunjukkan kepelbagaian Siti sebagai penghibur, penemuramah, prihatin, ramah dan menyokong bakat-bakat baru.

Official Facebook: SITI | Official Twitter: SITI



Boleh Ke Kutuk Orang Yang Pakai Tudung?

Mata masih belum mahu lelap. Ada tugasan yang belum selesai. Apakah itu?. (Harap sabar buat Fadwa, Azzey dan Meera ye.. maaf sebab ada hal sikit jadi proses pengeposan hadiah yang tidak seberapa itu masih belum diselesaikan.)

Berbalik pada tajuk kat atas, apa hak kita n sebagai manusia biasa nak kutuk-kutuk orang lain dengan cara pemakaian tudung mereka?.. Ini adalah susulan entry 'kutuk Dato' Siti pakai tudung?' (credit to LekatLekitGurl.) Rasanya dengan cara mengutuk, susah bagi seseorang untuk menerima sesuatu teguran. Cuba bayangkan diri kita berada dalam kasut 'orang yang kena kritik' itu. Adakah kita gembira?.. Pasti tak suka juga kan?..

Setiap sesuatu perkara yang kita tak setujui , haruslah ditegur.. diberi pendapat.. Dengan cara yang berhikmah.. Dengan betul.. Kalau main hentam saja, orang yang hendak ditegur tu pun mungkin boleh melenting jua. Nak kritik?.. Gunakanlah komen ala-ala sandwich.. (pinjam sekejap kata-kata Abuya Hayat)..

Macamana komen sandwich tu?.. Sapa boleh jawab?.. Ibnu Mustakim kot...

Siti Nurhaliza dan Tun Mahathir

Dah lama tak letak gambar... Ni nak share la berita tentang Datuk Siti dan mantan PM kita Tun Mahathir. Bila agaknya kan disiarkan rancangan ni. Teruja nak menonton.. Teringat pula pada Anita Sarawak (tak dapat gelaran Datuk lagi kan?).. Patut dah dapat tu...


TUN Dr. Mahathir ketika ditemu bual Siti Nurhaliza di Petaling Jaya semalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...