Nak Souvenier best?

Showing posts with label cara pemakaian tudung. Show all posts
Showing posts with label cara pemakaian tudung. Show all posts

Terasa Nak Pakai TUDUNG?

Sokongan
Keputusan Diana bertudung katanya lahir daripada hati kecilnya yang mendambakan untuk lebih dekat dengan Maha Pencipta, selain itu hasratnya sedikit sebanyak dipengaruhi dan disokong oleh insan sekeliling.
"Ayah dan ibu suruh pakai tudung, kawan-kawan dan peminat menerusi Twitter dan Facebook pun banyak bagi maklum balas dan syukur Alhamdulillah mereka sokong apa yang saya lakukan dan saya yakin mereka mahukan yang terbaik," katanya.
Dalam pada itu, sokongan oleh rakan artis terutamanya Wardina dan Irma Hasmie tetap tidak putus-putus.
"Mereka (Wardina dan Irma) sangat banyak membantu saya mencari diri saya sebenar, kadang-kadang kami ke usrah, kuliah agama dan sejujurnya mereka lebih faham apa yang kami lalui," ceritanya menyelak lapisan kehidupan satu demi satu.

Bestnya Ada Boyfriend?????



di bolehkan buka tudung anak saudara lelaki atau tdak 1

Panjang tak ayat tajuk ni.
Ini adalah susulan mereka yang cari tajuk tu.
Satu persoalan sama Ada boleh atau tidak Mencius tudung di harapan anak saudara?
Pernah juga post tentang entry tersebut di blog ni.
Tapi tak jumpa pula.
Dah menggodek dah entry - entry lepas tapi tak juga jumpa.
Ada kawan- kawan yang nak berkongsi link?
Dipersilakan wahai kawan- kawan yang budiman.

Nak buat entry simple - simple aja pun.. Ada yang nak baca ke?

Gambar Sensasi..

Masih panas dengan isu tudung (tentang entry INI: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/03/boleh-ke-kutuk-orang-yang-pakai-tudung.html malam tadi)?.. Cuba hayati petikan berikut:

YOU CANNOT AVOID THEM,
BUT YOU CAN PROTECT YOURSELF,
YOUR CREATOR KNOWS BETTER YOUR GOOD WELLNESS.

Mungkin kalau baca petikan ni je tak cukup 'kick'.. takde 'umph'.. (Nak ber'umph' bagai la pula kan?.. ). Sebenarnya, perumpamaan tu adalah analogi terhadap yang bertudung dengan yang tidak. Ada gambar kontroversi ke?.. G tengokla sendiri kat sini. http://zarryn.blogspot.com/2011/03/sekadar-perumpamaan.html

Apapun, niat untuk pakai tudung tu kenala betul dan buat betul-betul. Kena tanam azam dalam diri.. Dah tanam, kena siram hari-hari, barulah tumbuh subur.. Kalau tak.. kering, tak cukup zat.. dah tak berkembang.. terus terbantut.

Kadang terfikir, oke ke kalau niat nak pakai tudung/ tutup aurat bila dah pergi Mekah untuk tunai Haji/Umrah? Bayangkan kalau tak sempat.. Cemane tu?..

Boleh Ke Kutuk Orang Yang Pakai Tudung?

Mata masih belum mahu lelap. Ada tugasan yang belum selesai. Apakah itu?. (Harap sabar buat Fadwa, Azzey dan Meera ye.. maaf sebab ada hal sikit jadi proses pengeposan hadiah yang tidak seberapa itu masih belum diselesaikan.)

Berbalik pada tajuk kat atas, apa hak kita n sebagai manusia biasa nak kutuk-kutuk orang lain dengan cara pemakaian tudung mereka?.. Ini adalah susulan entry 'kutuk Dato' Siti pakai tudung?' (credit to LekatLekitGurl.) Rasanya dengan cara mengutuk, susah bagi seseorang untuk menerima sesuatu teguran. Cuba bayangkan diri kita berada dalam kasut 'orang yang kena kritik' itu. Adakah kita gembira?.. Pasti tak suka juga kan?..

Setiap sesuatu perkara yang kita tak setujui , haruslah ditegur.. diberi pendapat.. Dengan cara yang berhikmah.. Dengan betul.. Kalau main hentam saja, orang yang hendak ditegur tu pun mungkin boleh melenting jua. Nak kritik?.. Gunakanlah komen ala-ala sandwich.. (pinjam sekejap kata-kata Abuya Hayat)..

Macamana komen sandwich tu?.. Sapa boleh jawab?.. Ibnu Mustakim kot...

Tiada Hukum Khusus Bersanggul Tinggi

Boleh baca selanjutnya kat sini..

Tak pandai nak komen lebih lebih tentanh Hukum Bersanggul Tinggi ni.. Jadi kongsi je la bila ada yang menarik perhatian.. Ini antara petikannya.. Lebih baik baca sendiri di laman web tersebut ye kawan kawan...

Yang baik tu datang daripadaNYA...

^^^^^^^

APAKAH hukum perempuan bersanggul tinggi?

AWIN, Selangor


ALLAH menetapkan cara bergaul, berpakaian dan berhias yang terbaik di dalam al-Quran sama ada bagi kaum lelaki atau perempuan yang beriman... selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...