Nak Souvenier best?

Alasan Tidak Menyusukan Bayi?.


Penyusuan susu ibu merupakan golden method untuk memberi kebaikan kepada bayi. Kesedaran ini amat perlu dan langkah memberi kesedaran kepada ibu di luar sana akan kepentingan penyusuan susu ibu haruslah disokong sepenuhnya oleh para ibu, bakal ibu termasuk juga golongan bapa.

Sedikit mengenai kebaikan penyusuan susu ibu secara ringkasnya memberi kebaikan kepada ibu dan bayi khususnya.
Buat para ibu, masalah berat badan selepas bersalin adalah ketakutan utama untuk mereka. Tapi, ketahuilah bahawa keadaan tersebut boleh diubah melalui penyusuan susu ibu yang mana akan dapat mengembalikan kelangsingan badan. Dari segi kesihatan wanita pula, ibu yang menyusukan bayi secara terus pasti akan dapat merasa perubahan tatkala hormon yang dirembeskan sewaktu penyusuan dapat membantu mengecutkan rahim. Dan ketahuilah bahawa, dengan penyusuan yang lebih kerap, amaun susu badan yang dihasilkan akan lebih bertambah!

Bayi yang mendapat susu awal atau kolustrum sangat bertuah kerana ia mengandungi imuniti terbaik bagi bayi. Selain itu, nutrien yang cukup dalam susu ibu adalah merupakan makanan terbaik untuk bayi. Ikatan psikologi/ telepati antara bayi dan ibu akan lebih erat melalui penyusuan susu ibu.

Jika dulu, halangan bagi menyusukan bayi diluar rumah termasuk dari segi pemakaian ibu yang tidak sesuai. Namun kini, usaha murni Mommy Lyna dan Kay melalui Bling Boutique” atau http://kurungmenyusu.blogspot.com/ amat memudahkan para ibu. Tiada lagi halangan dalam aspek pemakaian. Si ibu boleh berhias dan si bayi dapat menikmati anugerah terhebat susu ibu.

Gambar ini adalah contoh pemakaian untuk ibu menyusu.

MAKA, APA LAGI ALASAN IBU SEKALIAN UNTUK TIDAK MENYUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU?..

“Entri ini ditulis untuk cabaran #5 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Bling Boutique

3 comments:

Deru Ombak said...

Salam Nur..
Terdapat ramai ibu muda yang menyedari, menyusukan Bayi mereka dengan susu ibu itu adalah yang terbaik..



Psst.. nak tanye ni..cemane nak upload picture dari photo album iPad.? me almost give-up ok. Eheh!

nur said...

Kak.. Betul tu.. Semoga pembudayaan ini semakin berjaya.

neyra shazeyra said...

datang sini untuk mengadili contest :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...