Nak Souvenier best?

Izwan Pilus meninggal dunia - Al Fatihah

~BACA KAT MSTAR
AL FATIHAH


Izwan Pilus. - Foto diambil daripada akaun Facebook Izwan Pilus.
PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.
Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.
Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.
Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

3 comments:

Ayu said...

Al fatihah....ajal tidak mengenal usia...wallahualam

♥ Nana BamBam ♥ said...

Al-fatihah ...

x sangka arwah pergi menemui Allah.

nana rasa dia sihat je...tapi ajal x kira sihat atau sakit, muda atau tua..hm.

KaK LimAh Si SupiR said...

ajal ketentuan allah swt..alfatihah utk arwah, semoga d tmpt kn d kalangan org2 yg beriman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...