Nak Souvenier best?

Anak anak DEMAND. Ibu jadi mangsa..

~BETAPA SEORANG IBU SANGGUP MENCURI DEMI ANAK ANAKNYA.. ISK..

Akibat mahu memenuhi permintaan anak, seorang ibu dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri pakaian dan peralatan bayi bernilai RM1,451.10 di sebuah pusat beli-belah di sini tahun lalu.
Majistret Muhammad Hazri Hanafi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Aisyah Abd. Wahid, 30, selepas ibu kepada dua orang anak berusia sebulan dan empat tahun itu mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.
Tertuduh didakwa dengan niat curang telah mencuri 30 barangan termasuk pakaian, peralatan bayi dan permainan kanak-kanak di Jaya Jusco Ayer Keroh di sini pada pukul 5.30 petang, 10 November 2011.
Antara 30 barangan yang dicuri ialah empat unit fail Disney Princess, permainan Transformers, enam jenis sarung tangan bayi pelbagai jenama seperti Puppy Wink dan Baby Anakku, empat pasang baju kanak-kanak jenama Miki Kids, enam pasang seluar pendek jenama Miki Kids House yang kesemuanya bernilai RM1,451.10.

18 comments:

Hudalatip said...

Kenapa sanggup mencuri? Erm..kesian..

atuk said...

Assalamualaikum Nur

begitulah pergorbanan seorang ibu..

bagaimana kalau mencuri berjuta2 yer...

bukankosong said...

aduyaiii..

curi plak kat Jusco tu

pengorbanan betul...tp salah

Ateh Nour said...

Sallam Nur,

Bagi saya ini bukan pengorbanan untuk anak, tapi memang sengaja perangai dia suka mencuri.

Deru Ombak said...

Ini bukan pengorbanan, tengoklah barangan yang dia curi..
Adeh.. !!! X nak komen lebih2...panjang lak bebelnye nnti.

insan marhaen said...

macammana boleh fikir begitu? kekadang tak faham!

Dinas Aldi said...

Kalau sayang, kenapa dia ambik risiko begitu, sapa pulak nak jaga anak2 dia masa dia dipenjara tu, dah tu kena keluar duit lebih lagi untuk bayar denda...adoi..

Semoga dia insaf demi anak2nya..

Salam perkenalan :)

emylase. said...

hmmm entahlahh...

faraherda.razalan said...

Ish...sedih sgt! Demi menjaga imej anak utk dilitupi pakaian berjenama. Saya sedih...serius sy sedih sgt!

nur said...

Huda..
dah tak terfikir jalan lain kot.

nur said...

Wkmslm TuanHaji..
Kalau berjuta-juta dah boleh jadi jutawan.. hehe.. penjara pun sekejap aja.. :)

nur said...

bukankosong..
betul tu.. cara mencuri tu sememangnya salah.

nur said...

LipisLady,
wkmslm..
kalau dah tabiat mmg susah nak hilangkan..

nur said...

kakYa..
a a kan.. kalau betul terdesak minta tolong aja la..

nur said...

IM..
susah juga nak memahami orang ni..

nur said...

Dinas Aldi..
salam perkenalan..
itula kan.. kesian kat anak anak bila maknya kena penjara..

nur said...

lady..
hmm.. tak terkomen kan..

nur said...

Fara..
kalau tak berjenama tak trendy la.. (boleh ke fikir camtu..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...