Nak Souvenier best?

Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee..

Ally sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli. Foto Ohbulan.com
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan.

~ALHAMDULILLAH.. SATU MASJID DIBINA PADA HARI JUMAAT INI..

4 comments:

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah... semoga mereka kekal berbahagia kan..

pB said...

semoga tabah

munna said...

TAHNIAH BUAT SIR ALLY

Anonymous said...

alhamdulillah.
akhirnya bertemu jodoh ally.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...