Nak Souvenier best?

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Cara buat Roti Arab..

Salin dari MYRESEPI..


Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara

1-mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2-tepung di gaul dengan yis
3-Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4-perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5-Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6-Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7-panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8-Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

ROTI NAIK..

Terima kasih buat akak nora shahaira atas perkongsian link ini dan kredit to Tuan penulis..
Copy dulu resepi.. (ntah bila la nak mencubanye.. hehe..)

bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung GANDUM 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis naik

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega cair

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum

cara2nya
1 - mula2 buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - add bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan dr oven dan bole sapu marjerin diatas roti


or refer note
http://www.facebook.com/note.php?note_id=180374891988060

Breakfast Dengan Maggi?..

Best pergi melangut kat blog ni.. Macam macam ada.. Siap maggie kari pun ada juga..

Orang kata sharing is caring. for that, mana2 pihak yg tak berkenan dengan entry aku atau apa² je yg telah di write down here n korang rasa tak bekenan a.k.a menyampah gitu, minta maaf byk² la ye, ini blog aku, ayat2 yg digunapakai mungkin tdk sesedap rasa maggie kari, tp itulah aku.(^_*) toink²!!: http://www.yatieowners.blogspot.com/
Kawan-kawan suke makan maggie tak?.. Maggie tu apa?.. Makanan ruji ke?.. Makanan ruji tu apa pula.. Ada tak yang tak pernah sekalipun menjamah maggi?..

Elok ke makan maggi ni?. Kalau dah terdesak (esp student la kan/ kadang orang yang dah kerja tu pun ada juga) akan makan juga maggi ni sebab murah dan agak mengenyagkan... Alternatif lain- roti... Ada tak yang tak boleh hidup kalau tak makan nasi?

Roti dan nasi sumber karbohidrat kan, Badan kita perlukan yang seimbang.Kalau tak.. terbantut le pembesarannya nanti..

resepi roti canai

dapat dari sini

Ingredients:
Bahan-bahan ( 6 keping )

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sb susu pekat
* secubit garam
* 1/2 - 1 cawan air
* 1 sb minyak/marjerin/mentega
* marjerin/mentega-untuk salutan
* 3 biji telur - dipukul(saya gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)
* Minyak-untuk menggoreng



Directions:
Cara-cara

1. Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung)
4. Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.
5. Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega. Simpan beberapa jam sebelum digunakan.
6. Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. Letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.
7. Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.
8. Sesuai dihidangkan bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

-untuk koleksi.. belum cuba lagi...

resepi puding roti-

rasa teringin pula nak makan
macam kat hotel2 selalunya ada menu ni..
x pernah buat..
so mencari resepi ni utk dicuba

dapat dari sini
banyak lagi koleksi boleh dapat dari sini

Bahan-bahan:

2 cawan susu
1/4 cawan mentega
2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
3 biji telur
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 serbuk buah pala
1 sudu teh ekstrak vanila
3 cawan roti, potong kecil/kiub
1/2 cawan kismis (pilihan)


Cara penyediaan:

Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.

Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.

Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.

Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.


Jika anda gemar puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti.



Sos Puding Roti:


1 cawan susu
2 sudu makan mentega
1/3 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 - 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

Enak dimakan panas atau disejukkan ke dalam peti ais.
Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...