~Baca kat mstar ruangan rencana.. Tentang nasi Kandar.. Kisahnye ada restoren Nasi Kandar yang terkenal di
Pulau Pinang tu.. Restoran Laiyakatali (baca Laiyakat Ali).. Khabarnya kena beratur panjang untuk dapatkan Nasi Kandar Original tu.. Berikut nak petik sikit
tips untuk rujukan di kemudian hari.. Ada sesiapa nak tambah?..
"Malangnya orang Kuala Lumpur selalu ingat kari kepala ikan itu adalah sebahagian daripada hidangan nasi kandar. Di Pulau Pinang, nasi kandar original tidak sepatutnya ada kepala ikan merah yang besar macam gergasi tu. Kalau kepala ikan bawal tak apa.
Jadi jika ke Pulau Pinang dan hendak makan nasi kandar original, ingat pesanan penulis. Jangan main balun saja. Ciri-ciri utama nasi kandar adalah seperti berikut;
(i) nasi sekadar cukup-cukup pinggan sahaja tidak banyak dan tidak sedikit;
(ii) kuah mesti dicampur atau diadun di antara kari ikan, daging, udang dan sotong;
(iii) sebaik-baik adunan lauk pauk nasi kandar ialah ikan kari atau goreng (bawal) bersama dua keping daging kari, telur rebus atau;
(iv) pilihan antara sotong atau telur rebus bersama daging kari atau ikan bawal kari dan dua batang bendi rebus.
Dan rahsia memakan nasi kandar yang paling penting ialah makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu.
Nasihat jangan tambah kerana jika ditambah kemungkinan untuk berasa mual adalah besar dan seandainya itu terjadi maka akan hilanglah nikmat memakan nasi kandar dan nasihat jangan guna garpu serta sudu supaya aroma unik campuran kari nasi kandar akan terus lekat berkekalan di tapak tangan sehingga ke senja. Alahai nikmatnya....
Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my)"