Nak Souvenier best?

Ciri-ciri Utama Nasi Kandar Adalah....

~Baca kat mstar ruangan rencana.. Tentang nasi Kandar.. Kisahnye ada restoren Nasi Kandar yang terkenal di Pulau Pinang tu.. Restoran Laiyakatali (baca Laiyakat Ali).. Khabarnya kena beratur panjang untuk dapatkan Nasi Kandar Original tu.. Berikut nak petik sikit tips untuk rujukan di kemudian hari.. Ada sesiapa nak tambah?..

"Malangnya orang Kuala Lumpur selalu ingat kari kepala ikan itu adalah sebahagian daripada hidangan nasi kandar. Di Pulau Pinang, nasi kandar original tidak sepatutnya ada kepala ikan merah yang besar macam gergasi tu. Kalau kepala ikan bawal tak apa.

Jadi jika ke Pulau Pinang dan hendak makan nasi kandar original, ingat pesanan penulis. Jangan main balun saja. Ciri-ciri utama nasi kandar adalah seperti berikut;

(i) nasi sekadar cukup-cukup pinggan sahaja tidak banyak dan tidak sedikit;

(ii) kuah mesti dicampur atau diadun di antara kari ikan, daging, udang dan sotong;

(iii) sebaik-baik adunan lauk pauk nasi kandar ialah ikan kari atau goreng (bawal) bersama dua keping daging kari, telur rebus atau;

(iv) pilihan antara sotong atau telur rebus bersama daging kari atau ikan bawal kari dan dua batang bendi rebus.

Dan rahsia memakan nasi kandar yang paling penting ialah makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu.

Nasihat jangan tambah kerana jika ditambah kemungkinan untuk berasa mual adalah besar dan seandainya itu terjadi maka akan hilanglah nikmat memakan nasi kandar dan nasihat jangan guna garpu serta sudu supaya aroma unik campuran kari nasi kandar akan terus lekat berkekalan di tapak tangan sehingga ke senja. Alahai nikmatnya....

"

10 comments:

suria lekatlekit said...

wah tips santai & ada unsur kelakar juga

Unknown said...

nur--
sampai skrg kak ayu teringin nak makan nasi kandar pelita kat penang..
wah................

Hairun Azmi said...

Tips baek nie....

Terbuka Malaysia 2011: Datuk Lee Chong Wei Juara Kali Ke 7

atuk said...

Assalamualaikum Nur

petua makan dgn tangan tu memang betul
sampai ke malam tak hilang baunya lagi

Wassalam

Noor Fatin said...

sy sgt2 suka makan kat nasi kandar!! sgt2,.. ni dok ganu lama dah xmakan..wuu

CikguAreefNaim said...

salam,

tq sudi singgah n follow blog sy...

dulu sy layan gak skrg mamak ni...
biasalah makan nasi lauk kari tu... tp kalau nasi kandaq kat Penang tu tk pernahla...

tp, skrg ni dah tak lalu dah... sbb mind setting ni dok igt benda yg bkn2 org ckp pasal restoren mamak ni...

kekadang member2 ajak minum kat kedai mamak, ikutkan jugak... tp, cam rs susah je air yg diorder tu nak lalu kat tekak, hehehe...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

rindu nasi kandaq la plak...

Chik Att said...

kta makan nasi kanadar ngna ayam goreng , sayur timun dan kuah campur.....yang penting papadom tak tinggal

ardinihumaira said...

dni lom penah pekena nasi kandar :D

Doctors in India said...

This is such a helpful reading material for me, I’ve learned a lot of new things. Thanks for the great post!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...