Cuti-cuti Pulau Malaysia.
Teringin rasanya nak menyendiri,
Mengambil kesempatan nak pergi bercuti,
Jadi, nakle bertanya kawan- kawan tentang destinasi:
Mana yang best agaknya?
Pulau Langkawi?
Pulau Pangkor?
Pulau redang?
Pulau Perhentian?
Pulau Tioman?
Ada cadangan atau nak bagitau mama yang best?
Silakan beri pendant kawan-kawan.
Pengakuan ikhlas saya..
Ciri-ciri Utama Nasi Kandar Adalah....
"Malangnya orang Kuala Lumpur selalu ingat kari kepala ikan itu adalah sebahagian daripada hidangan nasi kandar. Di Pulau Pinang, nasi kandar original tidak sepatutnya ada kepala ikan merah yang besar macam gergasi tu. Kalau kepala ikan bawal tak apa.
Jadi jika ke Pulau Pinang dan hendak makan nasi kandar original, ingat pesanan penulis. Jangan main balun saja. Ciri-ciri utama nasi kandar adalah seperti berikut;
(i) nasi sekadar cukup-cukup pinggan sahaja tidak banyak dan tidak sedikit;
(ii) kuah mesti dicampur atau diadun di antara kari ikan, daging, udang dan sotong;
(iii) sebaik-baik adunan lauk pauk nasi kandar ialah ikan kari atau goreng (bawal) bersama dua keping daging kari, telur rebus atau;
(iv) pilihan antara sotong atau telur rebus bersama daging kari atau ikan bawal kari dan dua batang bendi rebus.
Dan rahsia memakan nasi kandar yang paling penting ialah makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu.
Nasihat jangan tambah kerana jika ditambah kemungkinan untuk berasa mual adalah besar dan seandainya itu terjadi maka akan hilanglah nikmat memakan nasi kandar dan nasihat jangan guna garpu serta sudu supaya aroma unik campuran kari nasi kandar akan terus lekat berkekalan di tapak tangan sehingga ke senja. Alahai nikmatnya....
Oleh ROZAID A. RAHMAN (rozaid@thestar.com.my)"