Nak Souvenier best?

Showing posts with label maya karin. Show all posts
Showing posts with label maya karin. Show all posts

Pengakuan ikhlas saya..

Teringin nak menjelajah Malaysia.. Masih banyak tempat yang boleh diterokai, boleh dilawati. Selain destinasi seperti Pulau Langkawi dan Melaka, mana lagi tempat yang best untuk ber CUTI-CUTI MALAYSIA?

Last Friday, family kecil saya ke Semporna.. Tiket flight booked 2 bulan lepas sudah.. Masa nak pegi sana tu cam fikir-fikir juga.. Especially bab fulus ni la kan.. Tekadkan semangat,bukak website, booked dan bayar.. Hahahah..

Pengakuan ikhlas saya adalah ini 1st time saya naik Air Asia,1st flight for Redza selepas pindah dari Sabah ke Perak dan of course 1st trip for Raif.. Semua pun FIRST kan so banyak juga yang saya risau.. Very the nervous tak tentu pasal..

Tak sabar menanti sambungan.. Tempat ni ala-ala cerita DUYUNG lakonan SAIFUL APEK dan YASMIN HANI tu kan dan ofkos MAYA KARIN.

rating nona jatuh kerana Maya Karin

"Apa pun saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi peluang kepada saya untuk mengacarakan rancangan ini selama setahun dan mengucapkan semoga berjaya kepada Nona," ujarnya yang menyambut hari lahir ke 31, Jumaat lalu.

Menurut Maya, perkara ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang pengacaraan, dia juga bakal terlibat dalam sebuah program televisyen berkaitan alam sekitar.

Dalam pada itu, Maya turut mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon kacak, Yusri Abdul Halim yang dikatakan terjalin semula.

"Ya, kami ada keluar bersama dan menonton wayang, tapi tidak bermakna kami bercinta. Saya dan Yusri sudah enam tahun berkawan baik, janggal rasanya untuk bercinta.- sumber mstar

~haritu ada buat post tentang maya karin ni.. rupa- rupanya ada khabar angin yang nona jatuh sebab dia.. tapi dia nafikan dan cakap ada faktor lain juga.. dan yang best nya konon2 dia couple dengan Yusry Kru.. okey juga kan sebab dua dua available...

maya karin dipecat tv3?

~suka sebenarnya masa maya karin mengacara rancangan nona ni.. harap2 pengacara baru nanti menarik juga

KUALA LUMPUR: Pengacara rancangan Nona, Maya Karin akan digantikan bagi memberi nafas baru untuk program berbentuk majalah tersebut bagi musim terbaru.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan diambil setelah dijalankan kajian kumpulan fokus baru-baru ini.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan kami akan berbincang melalui kumpulan fokus terlebih dahulu. Jadi keputusan telah diambil untuk menggantikan Maya dengan seorang pengacara barui rancangan itu.

"Lagi pula ketika kami mengambil Maya, dia mempunyai masa dan ruang. Tetapi kini komitmen dia semakin tinggi dan banyak tawaran lain," ujarnya pada sidang media Media Prima Screening 2011, di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Farid memberitahu setiap penyampai diberi tempoh percubaan bagi mengendalikan sesebuah rancangan.

"Bukan kita tidak melakukan kumpulan fokus terlebih dahulu sebelum mengambil Maya, tapi kami membuat percubaan," katanya.

Farid berkata, perbincangan masih dilakukan bagi menentukan calon yang sesuai sebagai penyampai Nona musim 2011.

"Setakat ini ada beberapa nama yang tersenarai sebagai penyampai yang baru. Ia tidak semestinya seorang artis tetapi kami berfokus kepada wanita," ujarnya yang tidak menolak nama pelakon Vanida Imran yang turut tersenarai sebagai calon pengacara baru program tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...