Nak Souvenier best?

kat mana simpan ubat

Cara Penyimpanan Ubat yang Betul

Adalah amat penting bagi anda untuk menyimpan ubat anda dengan cara yang betul. Cara penyimpanan ubat yang betul termasuklah:

  • Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak.
  • Simpan ubat kecemasan di tempat yang senang dicari.
  • Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
  • Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
  • Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.
  • Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.
  • Simpan ubat anda di tempat berdekatan dengan meja supaya anda boleh membuka bekas ubat di atas permukaan rata. Sekiranya ubat tertumpah, ia akan terjatuh di atas meja dan bukan di atas lantai atau ke dalam longkang. (Pastikan anda tidak membiarkan bekas ubat terletak di atas meja selepas mengambil ubat).
  • Keadaan cahaya yang cukup terang berdekatan dengan tempat penyimpanan ubat dapat memastikan ubat yang betul diambil. Jangan sesekali mengambil ubat dalam keadaan gelap.
  • Jangan campurkan beberapa jenis ubat yang berlainan dalam satu bekas yang sama. Anda akan menghadapi masalah untuk mengecam ubat anda semasa kecemasan. Akibatnya, anda mungkin akan terambil ubat yang salah. Malah, keberkesanan ubat-ubatan yang disimpan bersama mungkin akan berkurang disebabkan oleh interaksi.
  • Ubat makan harus disimpan berasingan dengan ubat sapu (seperti krim, ointment atau losyen).
  • Ubat untuk diri sendiri harus disimpan berasingan daripada ubat untuk suami/isteri dan ahli keluarga lain. Contoh: disimpan berasingan di kabinet lain ataupun sekurang-kurangnya berasingan walaupun dalam kabinet yang sama. Ini dapat mengurangkan kemungkinan anda mengambil ubat yang salah.
  • Elakkan ubat cecair daripada beku dalam peti sejuk. Ubat yang disimpan dalam peti sejuk harus diasingkan daripada makanan dan minuman. Anda boleh simpan ubat anda dalam satu bekas plastik yang berasingan di dalam peti sejuk.
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

8 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

saya senantiasa simpan panadol dlm peti ais..tak pa ke...?

terima kasih info

Wassalam

Nurul Atiqah said...

thanks untuk tip simpan ubat..sbb saye x pndai nak simpan ubat..hahaha..letak merata2

Kakzakie said...

Salam Nur,

Kadang memang tidak sedar ada bahaya keana kecuaian kita menyimpan ubat.

Blur said...

pasal letak ubat dalam peti seju blur memang bubuh semua ubat dalam peti sejuk... tak tau plak kene ade arahan doktor...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Fakta Menarik Part 3

cemomoi said...

dah masuk peti es terus diam situ je la

a t i E n a b E r n ! said...

nur ! awk kene tag ngan atien .. hope rjin2 laa jengok yeerrr !
http://atienabern.blogspot.com/2011/01/contest-if-i-have-rm100.html

cte said...

kat rumah saya, letak ubat dlm peta sejuk....ubat anak2 saja...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pas nieh kene letak btol2 la...
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...