Nak Souvenier best?

Lagi Tentang Bayi Pramatang..

Bolehkah sesuatu kelahiran bayi pramatang dielakkan?
Langkah-langkah pencegahan mengelakkan kelahiran pramatang :

* Wanita yang mengandung tidak digalakkan mengambil rokok, dadah dan alkohol.
* Jagaan pra kehamilan wanita mengandung yang mempunyai masalah perubatan yang kronik contoh kencing manis.
* Kurangkan pemindahan janin untuk mengurangkan kandungan kembar dalam teknik kesuburan
* Penjagaan awal antenatal dan berkala dapat mengesan dan merawat awal untuk mencegah komplikasi.

Mengurangkan risiko komplikasi untuk bayi pramatang:

* Menggunakan corticosteroid semasa mengandung apabila menjangkakan kelahiran pramatang akan berlaku, kelajuan kematangan paru-paru dan mengurangkan risiko, RDS, IVH, NEC dan kematian bayi.
* Penggunaan tocolytic digunakan untuk melambatkan proses kelahiran untuk beberapa hari bagi memberi peluang steroid untuk bertindak balas sebelum kelahiran berlaku
* Pengurusan dan penjagaan yang optima di bilik bersalin dan di unit neonatal adalah amat baik untuk mendapatkan hasil yang baik.

Pemulihan adalah aspek yang penting dalam rawatan?
Semasa discas nasihat berkaitan perlu diberikan:

* Perlu meneruskan apa sahaja ubatan yang diberi termasuklah vitamin dan zat besi.
* Pemakanan yang diperlukan oleh bayi. Kesabaran adalah diperlukan dalam memberi penyusuan kepada bayi pramatang. Mereka selalunya lambat dalam menghisap susu. Susu badan adalah yang paling baik tetapi jika menggunakan susu formula hendaklah menggunakan susu formula pramatang untuk memastikan nutrisi yang diberi menepati tahap maksima pada bayi pramatang.
* Mengikut jadual pelalian yang rutin untuk kanak-kanak.
* Menjauhkan tempat yang sesak untuk mengelakkan kanak-kanak mendapat jangkitan seperti batuk atau selesema.

Temu janji untuk bayi pramatang (<32>

4 comments:

ardinihumaira said...

memang kena jaga bebetul. tak leh culas g appoinment. kan kan

Sharinginfoz said...

bagus info untuk yang memerlukan

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

info2...

GoBabyMama said...

sharing is caring..right?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...