Nak Souvenier best?

Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Awal sangat ke breakfast? MENU 1MALAYSIA.

Awal sangat ke breakfast?


Jom breakfast MENU RAKYAT 1MALAYSIA..
Murah pun murah kan?
Hanya di restoren terpilih je ada MENU 1MALAYSIA ni kan..

Meskipun HARGA GULA DIJANGKA MENINGKAT.. tapi harga makanan belum naik lagi kan..
Atau kat tempat kawan-kawan dah naik harga?
Banyak ke kenaikan harga tu?

Ni la kesan dari PEMBENTANGAN BAJET 2013: bila subsidi gula dikurangkan.. harganya mestila meningkat.. Walaupun hanya 20sen, tapi impaknya besar!..

Setuju..?

Selamat Pagi Cinta!!???

Selamat Pagi rakan bloggers!!
harini plan nak buat apa?.. Kita buat TO DO LIST dulu lah ye.. Lepas tu sambung rutin harian.. Apakah rutin harian kawan- kawan?

Jangan lupa makan dulu..
Jemput minum kopi...

Makan Macam Raja..


Komen dari EVERYTHING'S EVERYTHINGS semalam..

Kata org makan sarapan seperti seorang raja, makan lunch seperti seorang rakyat biasa dan makan dinner seperti miskin ;D Tapi tu lah dh terjadi habits plak kita makan yg berat2 waktu lunch dan dinner xD Breakfast selalu roti satu keping cmtu hak2 on Breakfast untuk kuruskan badan?

Breakfast untuk kuruskan badan?

Breakfast untuk kuruskan badan?

Kenapa? Tak percaya?.. Ha, betulla tu. Kalau nak kuruskan badan , jangan tinggal atau skip meals.. Setiap meals tu penting.. Terutama sekali breakfast.. Itula nasihat rakan nur bila diajukan niat nak diet la konon-kononnye.. 

Kenapa penting breakfast tu?.. Sarapana pagi atau breakfast ni merupakan meal pertama kita setelah badan tu berehat semalaman. Jadi first thing waktu pagi, makan akan meningkatkan metabolisme badan. Jadi badan akan membakar lebih kalori.

Itula pentingnya breakfast ye kawan-kawan. Jadi, kawan-kawan semua dah breakfast ke belum? Breakfast apa pagi ni?.. Nur teringin nak minum kopi.. JOm mengopi dulu.. Agak-agak jenama kopi mana yang best ni? Cuba kawan-kawan bagi cadangan.. Bolehla nur cuba selepas ni.. terima kasih thank you..

Resepi Omellete.

Ni copy dari ceritakuasn.blogspot...
Nak cuba nanti..

Bahan-bahan omelette:

2 keping roti sandwich (goreng mcm goreng roti burger)
1 keping daging burger (goreng macam nak buat burger)
4 hirisan timun
sedikit sos
sedikit mayonis
1 biji telur (untuk membalut roti)

(sos & mayonis tu dicampurkan dan disapu pada daging burger yang sudah dimasak)

Bahan untuk sos lada hitam:

sesuka hati lada hitam hehehehe (hancurkan)
sos cili
susu cair
kicap pekat
marjerin
garam
gula
air
tepung jagung

semua sukatan hendaklah sama bagi setiap bahan

Cara masak;

Omelette - goreng daging burger dan roti. Sapu daging dengan sos yang telah dicampur mayonis. Susun roti, daging & sayur. goreng telur (ratakan atas kuali leper - bagi memudah kan untuk membalut roti). Letak roti keatas telur dan balutkan.

Sos lada hitam - masukkan semua bahan periuk dan gaul hingga pekat

Tipikal Pagi Ahad.

Bangun lewat..
Bersantai-santai..
Buang masa..
Lepak lepsk..
Bestnya...

Makan nasi lemak..
Pekena teh tarik..

Sambung tidur..

Takmau esok!

Sarapan..

Hari ni dah sarapan?..

Sarapan apa tadi?..
Sarapan jasmani...

Kalau sarapan rohani pula?..
Dah ke belum?

Sarapan.


Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.


OLEH ITU MARILE KITA BERSARAP...
APA TIPS KAWAN KAWAN NAK JADIKAN SARAPAN ITU SATU TABIAT?

nEa FleriDa... :) Morning too!

Teringin nak makan APAM POLKADOT yang menjadi fenomena kini!..
- kalau harini kita update blog ala ala update STATUS kat FACEBOOK ada ok ka?
: nur

Labels: blog, idea, info, taipan jari
1 comments:

nEa FleriDa / nIL said...
GUD MORNINK ! :)
July 16, 2011 6:59 AM


YEAH.. akhirnya ada juge geng bangun awal!!. Macamle awal sangat kan?..

Makan Cicak Tokek?

MANA BOLEH MAKAN?

KUALA LUMPUR – Kepada mereka yang memiliki cicak yang popular dengan panggilan cicak tokek dan berhasrat untuk menjual kepada pelanggan beragama Islam mungkin boleh berfikir dua kali kerana ia adalah haram dimakan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan baru-baru ini menetapkan cicak besar tersebut tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan serta mengandungi racun.
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web e-fatwa itu berkata, pengecualian diberi untuk tujuan perubatan dengan hukumnya adalah harus.
“Namun sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak itu mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu,” katanya.

ROTI CHEESE dan SUSU SEGELAS.

Jom breakfast dengan IELA..

Iela Fazielah said...
betul...mcm ila yg malas ni..sekurang2nyer... mesti ada roti gardenia kat rmh.. so pepagi... samada syafiqah mkn roti sapu jem/roti peanut/roti chease..xpun kokocrunch.. kalau rajin roti telur...hehe... cukup sekadar alas perut dia.. dgn susu segelas

Koko Krunch memang sedap.. Sama ke dengan Krunchie?

1 comments:


Anisa Hang Tuah said...
koko krunch sedap :D

Idea Breakfast Simple.. (Annika pun komen juga..)




 Annika said...

breakfast is the important meal of the day..
parents shouldn't avoid their children needs.

~Mari fikirkan apakah jenis breakfast yang senang disediakan?.
Pada pendapat peribadi..
  • Sediakan bahan-bahan untuk dimasak dari malam sebelum itu,
  • Kalau tak sempat.. beli je lah kan..
  • Roti sapu jem pun sedap juga.. dan simple..
  • Lagi senang.. kokocrunch campur susu sahaja...


Kawan-kawan ada idea lain tak?.. Marilah berkongsi..

Terfikir-fikir nak breakfast APA?

Kawan-kawan breakfast apa harini?.. Pagi yang indah ni.. Bangunla menikmatinya.. Jangan sambung tidur. kecuali bagi yang baru nak tidur tu..

APA menu breakfast pagi ni ye?
Adakah
  • Nasi lemak
  • Nasi Ayam
  • Nasi Minyak
  • Nasi Kerabu

  • Roti Canai
  • Roti Tisu
  • Roti Naan

Erk apa lagi..
atau Roti Sandwich?..

Sila pilih mana yang berkenan.. cari dan makan sendiri la ye kawan-kawan.

~Breakfast ni penting sebab ia meningkatkan metabolisme tubuh kita..

Nak Makan Free? Breakfast McD.

Siapa yang nak makan breakfast free pagi nanti?..
Sila ramai-ramai g print KUPON FREE KAT BLOG CINTABUNGA ni. Lumayan tu. McD kasi free breakfast untuk 2 orang. Selalunya harga biasanya boleh capai hingga berbelas ringgit.

Antara hidangan breakfast yang ada termasuk..
  • Air Kopi
  • Telur
  • Hot Cakes
  • Hash Brown
  • Muffin

Tetiba kelaparan menyerang.. Nyummy.. Apalagi.. jom dapatkan kupon itu.. nanti bila dah breakfast.. bolehler tulis entry dalam blog ye.. eheh..

**Kalau wat sendiri pun leh jugak kan?.. Tapi manakan sama dengan kedai punye..hiks

Earth Hour. Breakfast.

~Kawan-kawan nak bersarapan apa di pagi hari ni?.. Sarapan itu penting ya kawan-kawan..

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. - Bernama

~Jangan lupa untuk menyokong Earth Hour nanti.

Makan Kek Pagi- Pagi Macam Fasha Sandha.

Betul ke Fasha Sandha tu makan kek pagi-pagi?.. Entahlah, mungkin tak kot. Imagine tengah makan kek Cokelat dengan Fasha Sandha. Hanya boleh terjadi dalam mimpi. (Best kan dia dah ada bussiness sendiri. Seorang usahawan sekarang ni.) Nampak gaya memang Fasha Sandha ni maju setapak sambil membina back-up bila dah tak berlakon nanti. Ramai juga artis yang dah ada jenama sendiri kan?.. Haritu Jamal Abdillah.. dengan produk kesihatan kulit..

Ilmu berniaga ni kadang-kadang memang diwarisi. Tapi, kalau yang tak pandai/ pernah berniaga mungkin akan pandai juga kalau dia tekun dan berusaha kan. Banyak je medium yang boleh digunakan. Salah satunya melalui blog ni sebagai strategi pemasaran. Nak cuba berniaga jugak la.. Agaknya ada pelanggan tak?.. Oke.. ada sesiapa mau beli?..(Nak meniaga apa tah.. blank)..Ada yang nak bagi idea?..

Oh Ye.. Selamat pagi kawan-kawan. Makan apa pagi ni?.. Ada sesiapa nak cadangkan menu yang unik sebaga breakfast. Luar dari kelaziman. Selalunye asyik breakfast dengan nasi lemak ke, roti ke, roti canai ke?.. Apa agaknya nak makan nanti..?

Nasi Lemak atau Fatty Rice?.. Baru Bangun Ke?

Ha? Baru bangun?.. Terus g dapur tengok apa yang ada?..

Siapa yang belum breakfast lagi?.. Jom makan nasi lemak wikipedia.. Nasi uduk rupanya ye..

Nasi lemak is a dish sold in Malaysia, Brunei, Singapore,[1] Riau Islands and Southern Thailand. The dish is considered the national dish and a national heritage of Malaysia.[2] It is not to be confused with Nasi Dagang sold on the east coast of Malaysia or Terengganu and Kelantan although both dishes can usually be found sold side by side for breakfast. However, because of the Nasi Lemak's versatility in being able to be served in a variety of manners, it is now served and eaten any time of the day. There is a similar dish in Indonesia called nasi uduk.

With roots in Malay culture, its name is a Malay word that literally means 'fatty rice'. The name is derived from the cooking process whereby rice is soaked in coconut cream and then the mixture steamed. Sometimes knotted screwpine (pandan) leaves are thrown into the rice while steaming to give it more fragrance. Spices such as ginger and occasionally herbs like lemon grass may be added for additional fragrance.


KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



French toast: Breakfast Haritu?

French toast is a breakfast food served in North America and some countries in Europe. In the United Kingdom it is occasionally called eggy bread. It is a Christmas time dessert in Portugal and Brazil (rabanada) and an Easter dessert in Spain (torrijas).

Typical French toast is made with bread and eggs. Milk, sugar, or cinnamon is commonly added. According to what is popular in local cuisine, many of the spices that are added to bread or egg dishes are included in cooking. This versatile dish is often topped with sugar, butter, fruit, syrup, or other items -baru tau maksud sebenonye

Kisahnya dengan french toast ni..
Suatu hari yang indah maka ada orang ajak makan di sebuah kedai elit la juga. Konon konon nak merasa la special kat kedai terkenal tu. Tapi, disebabkan dah kenyang sangat(tetap juga mahu terai.. akhirnya orderla satu jenis makanan..)

Nama canggih bebenor ye, yang sebenarnya cuma la roti sandwich bakar yang berisi tuna dan sekeping cheese (kraft kot)..Punyela mahal.. Rasanya kalau buat kat rumah (contohnya kalau CMG yang buat.. pasti lagi sedap)..

Lepas tu pulak pekena teh tarik yang 'selamat' oke.. Jangan guna teh timbang yang katanya berbahaya sebab terlebih warna dan risiko untuk kanser.. Walaupun harganya cuma rm6 sekilo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...