
Gambar Fasha Sanda Hamil.

Tengok Tak Buletin Utama tv3. Berita Budak Kena Langgar.
Belum tonton sendiri.
Konon taknak tengok.
Tapi dah siar kat BULETIN UTAMA TV3 tadi.
BUDAK KECIL DILANGGAR DI CHINA.
Tiada yang pedulikan.
Sehingga 18 orang yang lalu lalang.
Tidak endah langsung.
Cuba kalau kat Malaysia ni.
Pantang ada Accident je, sudah tentu jam teruk!
Geram plak rasa.
Layan #CINTA ELYSSA dulu.
Sedap pula nama Lyssa ni kan?
Cinta Elysa TV3.
Johan makin popular
Johan yang merupakan bekas pelajar sekolah pondok di Pesantren As-Syhada, Jambi, Indonesia dalam pengajian hafazan al-Quran itu bersyukur selepas berlakon drama Juvana, rezekinya dalam bidang lakonan kini datang mencurah-curah.
Bahkan tawaran yang datang kebanyakannya daripada syarikat penerbitan drama popular. Sebelum berlakon dalam drama Juvana, Johan terlebih dahulu berlakon dalam sebuah drama berjudul Penunggu Gunung Raya.
“Kiranya Juvana merupakan drama kedua saya. Alhamdulillah, rezeki saya ada dalam bidang ini. Kalau nak ikutkan saya terlalu baharu dalam bidang lakonan, pengalaman saya pun baru setahun sahaja,” katanya yang mendapat sokongan keluarga untuk berlakon.
Bercakap mengenai populariti, tegas Johan dia hanya mencuba dalam bidang lakonan kerana minat dan tidak menyangka namanya pantas meniti di bibir peminat gara-gara watak Botak dalam Juvana.
“Semasa Juvana mula-mula disiarkan saya tidak sangka langsung yang drama ini popular tetapi apabila ia semakin sampai ke penghujungnya, bila saya keluar rumah orang mula panggil saya Botak.
“Saya terkejut apabila orang ingin ambil gambar dengan saya, tetapi saya masih cuba menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan saya perlahan-lahan.
TWITTER FASHA SANDHA.. twitter IQRAM ZUBIR? BERITA HARIAN..
Penting atau tidak followers bagi sesuatu twitter tu?.. Tengok tujuan apa la kan sesebuah akaun Twitter. Kalau untuk perniagaan , memang bagusla sebab boleh dekati lebih ramai pelanggan. Macam contohnya.. Twitter Irma Hasmi.. Kebanyakannya dia kerap promosikan jubahnya di twitter. Ada tak antara kawan kawan dah memiliki koleksi jubah Irma Hasmi ni?.. ( promoter tak berbayar ni: harap maklum)...
Tetiba teringat akan bulan Rejab yang dah nak ke penghujung.. Bulan Syabaan dah nak berkunjung.. Ramadhan di anjung.. Amalan dah sedia untuk dikendong? Melalui bulan2 istimewa yang disanjung?(dush.. Keluar topik)
Makan Kek Pagi- Pagi Macam Fasha Sandha.
Ilmu berniaga ni kadang-kadang memang diwarisi. Tapi, kalau yang tak pandai/ pernah berniaga mungkin akan pandai juga kalau dia tekun dan berusaha kan. Banyak je medium yang boleh digunakan. Salah satunya melalui blog ni sebagai strategi pemasaran. Nak cuba berniaga jugak la.. Agaknya ada pelanggan tak?.. Oke.. ada sesiapa mau beli?..(Nak meniaga apa tah.. blank)..Ada yang nak bagi idea?..
Oh Ye.. Selamat pagi kawan-kawan. Makan apa pagi ni?.. Ada sesiapa nak cadangkan menu yang unik sebaga breakfast. Luar dari kelaziman. Selalunye asyik breakfast dengan nasi lemak ke, roti ke, roti canai ke?.. Apa agaknya nak makan nanti..?
Fasha Sandha Lagi / Salun Chinta Twitter.
~Lagi satu alternatif kepada menambahkan pendapatan untuk aktres terkenal ini. Rasanya dah ramai artis yang terjerumus ke lembah perniagaan ni kan.. Yang berjaya antaranya LO atau Linda Onn (perniagaan makanan: pernah tengok gambar rumah dia dalam paper.. wow: mewah betul..), Dynaz: pakaian, FaraDeeba: Tudung.. dan ramai lagi.. Ada sesiapa nak bagi cadangan nak wat bisnes apa ye?.. Nasi ayam online?..
"Demi Chinta, usahawan muda itu akan mengurangkan masa berlakonnya. Katanya, dia tidak sabar untuk mengikuti kursus kecantikan selama enam bulan di salah sebuah institut untuk menajamkan skilnya.
Jadi, kepada sesiapa yang bertuah, anda mungkin berpeluang mendapat sentuhan seorang yang bernama Fasha Sandha.Aktres itu turut percaya kepada kuasa Twitter. Sejak aktif menggunakan aplikasi Twitter setahun lalu, Fasha mempunyai lebih 54,000 pengikut.
Jelasnya, Twitter adalah satu saluran dia mengemaskini maklumat perniagaan dan menguar-uarkan kehadirannya di salun itu.
“Ia merupakan medan penghubung kepada saya dengan peminat, jadi mereka boleh sentiasa mengikuti perkembangan saya,’’ katanya.
Bagaimanapun, pelakon muda itu bersetuju bahawa kekuatan nama Fasha Sandha sendiri mampu membawa kejayaan kepada perniagaan yang dijana dengan hasil titik peluh sendiri."
Hubungan Berakhir: Jejai dan Fasha Sandha.
KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.
Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.
“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.
“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.
Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.
Mohe .. / Isi Borang UPU online
- Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
- Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskini borang permohonan anda sehingga tarikh tutup permohonan (04 APRIL 2011).
- Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.
- Pemohon KATEGORI C & D wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan / pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 11 April 2011 (Isnin).[KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI]
Masih ingatkah lagi saat kawan kawan di soal oleh cikgu.. masa tadika ke.. sekolah rendah ke.. Apa cita cita awak.. Dulu dulu ramaila jawab.. nak jadi cikgu, peguam, polis, doktor, pramugari... Tapi sekarang ni apa jawapan ek?.. Mungkin Angkasawan, Saintis, Professor.. Penyanyi macam Ana Raffali, Pelakon macam Fasha Sandha, atau Pengacara macam Lisa Surihani..
Atau ada tak yang jawab.. 'Saya nak Jadi Blogger tegar cikgu..."
episod akhir chinta, fasha sandha
kisah terakhir ni sadatul disahkan mengandung.. kembar pula tu,,(kembar dua je kot).. dan dia terlebih emotional.(biasa la orang pregnant.. tak gitu..) then mak si rasul ni minta batalkan perkahwinan tapi rasul tetap nak teruskan.. tapi masa tu chinta belum tahu lagi sadatul pregnant..
one day.. mak rasul ni terlepas cakap yang sadatul pregnant pada cinta(untuk siapa2 yang perasan tadi aida rahim tersalah dialog masa part cakap telefon'..)
then mak sadatul pula nak call off the wedding- pergi rumah chinta and suddenly chinta pengsan.jadi masuk hospital dan semua orang tahu chinta ada penyakit.. perkahwinan diteruskan.. selepas akad- masa nak sarung cincin sadatul meninggal di pangkuan rasul iman.. haha silap.. yg sebenonye chinta yang meninggal.. thanks miya.. kalut nak publish cecepat...
~pernah baca kat satu blog ni tentang untung juga jadi chinta sebab masih diberi peluang selepas melakukan kesilapan besar dalam hidupnya untuk bertaubat.. berbanding orang yang tak sempat bertaubat WA..
slot akasia seterusnya?.. seribu kali cinta..
gambar fasha sandha, cerita chinta
tengokla pula si fasha sandha..
glamer betul dia sehari dua ni
kat blog blog ada cerita dan gambar dia
sambut parti halloween..
pakaian mengalahkan artis (eh, dia kan artis)
siap keluar lagi gambar fasha sandha kat metro..
apa pun tak sabar nak tengok ending cerita ni..
jalan cerita ni bolehla tahan..
ada ke cerita macam ni dalam realiti sebenar?
dan kagum juga dengan inventor-inventor yang boleh berfikir luar kotak..
~dulu pernah baca buku cerita sharifah abu salem- tak sangka dah berjaya jadi penulis skrip..

