Nak Souvenier best?

Showing posts with label Ana Raffali. Show all posts
Showing posts with label Ana Raffali. Show all posts

Ana Raffali dah Ada Boyfriend.

LANGKAWI: Pemenang tempat pertama Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25), Anna Raffali sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sebelum bergiat aktif dalam penulisan lagu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh abangnya, Harris yang turut dimaklumkan oleh Ana mengenai hubungan istimewa tersebut.

“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar Online ketika sama-sama menyertai Program Santai@Langkawi anjuran majalah pelancongan, Santai, di sini, baru-baru ini.

Menerusi program selama tiga hari itu, Ana telah bertemu peminat-peminatnya di sambil membuat beberapa persembahan.

***Baca kat Mstar ni.. Biasasla.. kalau artis je mesti status bf ke dah kawin ke yang jadi persoalan kan?

Mohe .. / Isi Borang UPU online

TARIKH PERMOHONAN : 10 JANUARI 2011 - 04 APRIL 2011
http://upu.mohe.gov.my

Pesanan penaja:
  • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
  • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskini borang permohonan anda sehingga tarikh tutup permohonan (04 APRIL 2011).
  • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.

  • Pemohon KATEGORI C & D wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan / pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 11 April 2011 (Isnin).[KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI]
Jom masuk U beramai ramai..
Masih ingatkah lagi saat kawan kawan di soal oleh cikgu.. masa tadika ke.. sekolah rendah ke.. Apa cita cita awak.. Dulu dulu ramaila jawab.. nak jadi cikgu, peguam, polis, doktor, pramugari... Tapi sekarang ni apa jawapan ek?.. Mungkin Angkasawan, Saintis, Professor.. Penyanyi macam Ana Raffali, Pelakon macam Fasha Sandha, atau Pengacara macam Lisa Surihani..

Atau ada tak yang jawab.. 'Saya nak Jadi Blogger tegar cikgu..."

Menuju Puncak / Akademi Fantasia 9 AF9/ Nak Audition!

Menuju Puncak!!!
Tettt.. sape tak minat AF?.. Ramai yang minat kan? Tak kurang juga yang tak minat... Uniknya kali ni siap ada edisi online untuk ujibakat ye.. Memang sesuatu yang baru.. Dan khabarnya Akademi Fantasia 9 ( AF9) ni yang terakhir ye.. Frustle peserta peserta yang nak masuk AF tapi blm cukup umo lagi tahun ni.. Masa AF1 dulu tu tak layan sangat.. Cuma yang menarik tu mungkin masa Mawi tu.. Maklumla masa tu kan gempak dengan Mawi World.. Then selepas tu takde yang boleh celen Mawi ye.. Yang perasan, juara2 AF tu takdela glamer sangat.. Yang lagi awal tersingkir lagi cepat glamer.. Siap boleh jadi pelakon pengacara bagai, sedang kengkawan sibuk training lagi.. Jadi, mana yang lebih untung..?

Okela.. Since AF9 ni yang terakhir.. Harapnya adala kelainan.. Siapa Pengetua Baru AF9? Ada nama nama yang disebut sebut ke? Ana Raffali? Andy Flop Poppy?.. Anda fikir siapa layak? Datuk Siti Nurhaliza??..

Jom layan promo AF kat bawah.. Agak agak ada tak kawan kawan blogger yang masuk AF9 ni.. Kalau terpilih, habaq sini.. mana tau leh dapat undi ye...

Akademi Fantasia ke-9

Setelah 8 tahun bersiaran, Akademi Fantasia sentiasa mendapat sokongan kuat daripada para peminatnya. Walaupun Akademi Fantasia musim ke-9 merupakan program AF terakhir terbitan Astro. Namun jangan berdukacita kerana AF9 bakal menjanjikan pelbagai kejutan yang pasti mengejutkan para peminat.

Sesi ujibakat bermula

Klik di sini untuk maklumat lokasi-lokasi uji bakat.




Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku: Ana Raffali/ Kisah disebaliknya…

Mula mula nengok Ana Raffali kat MHI.. Pastu dan dan kat HotFM ada dia juga.. Wah Ana Raffali ni bak goreng pisang panas la kan.. Pastu since Ana Raffali ni gondol ke33 trofi untuk dirinya saja sebab ciptaan penuh miliknya (macam M Nasir pula).. Si FBI ni tanyakan apa maksud lagu Tolong Ingatkan Aku tu..

Jawabnya lagu tu sebuah puisi yang diciptanya untuk mengingatkan dia kala dilanda masalah/ kecewa/ sedih/sakit hati.. lalu untuk merwatnya, dia kena ingatkan kembali detik detik manis supaya dapat melupakan masalah.

Bolehla juga diamalkan kat situ ye.. setiap kali kita sedih.. cuba ingatkan saat kita gembira.. Kalau kecewa.. ingatkan saat suka.. Semoga hati tu takdela sakit sangat kan..

Jom tengok bait liriknya.. ambil kat liriklagu.com

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Tak Sangka: Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu AJL 25

~Tahniah buat Ana Raffali.. berjaya akhirnya menjadi Juara Anugerah Juara Lagu 25 malam tadi.. Sempat menonton setiap persembahan namun tak sempat menonton part pengumuman anugerah tu.. Tahniah tahniah.. Tapi persembahan malam tadi tu bak kata pengacara, Ally Is Kandar dan Faizal Is Mail dan Cheryl, banyak berkonsepkan silap mata kan.. Perasan tak?.. Apa pun tahniah buat mereka.. Ok la tu kan.. Bagi peluang pada yang tak pernah menang lagi…lagi kat mstar ye..Drama king, Noktah Cinta, Hanyut pun menang juge kan..

KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya dan nyanyian oleh Ana Raffali telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhansebanyak RM35,000.

Tolong Ingatkan Aku telah berjaya mengalahkan 13 buah lagu lain iaitu Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & ShazeeIshak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/Edry Abdul Halim), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Drama King (Taja/ Tun Teja).

Turut bertanding adalah lagu Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan)

Pemenang Anugerah Juara Lagu ./ tonton AJL online

Agak agak la kan, siapa la bakal menggondol hadiah Anugerah Juara lagu TV3?.. Perasan tak, kebanyakan penyanyi terbit dari program realiti tv kan.. Hebat juga la penangan Rancangan Realiti Nyanyian ni..

Semua lagu yang bertanding ni pun hebat hebat. Kalau jadi juri agaknya rambang telinga nak pilih.. Seperti biasa la apa yang nak ditonton nanti adalah gimik gimik dan nak tengok yang mana bakal menang persembahan terbaik di samping Anugerah Juara Lagu AJL itu..

Pasti la sengit kan..
Antara banyak banyak lagu, minat lagu mana ye kawan kawan.. Hujan ke?.. Ana Raffali ke atau Yuna?.. Yuna dan Ana Raffali.. dua idol remaja..

Akhir akhir ni glamer betul nama dua orang ni.. Pernah terbaca la.. BUkan dari segi nyanyian tapi dari segi trendsetting.. Kata orang lain padang lain belalang.. Sama sama la bagi pendapat masing masing..

Apa yang penting.. kerjasama.. Hehe.. Tak sabar nak tengok Anugerah Juara Lagu.. Kalau nonton kat internet pun besh juga kan.. Yang dibelakang tabir.. Yang tak keluar kat TV tu yang nak tengok ye.. Kat mana?.. Kredit to k laili: eh.. dah close plak tab diyer ye.. hehe.. Nanti cari sendiri la..

ok dah jumpe;
Tonton AJL online Live

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...