Nak Souvenier best?

Showing posts with label Borang UPU; IPTA. Show all posts
Showing posts with label Borang UPU; IPTA. Show all posts

upu.mohe.gov.my

upu.mohe.gov.my


Haritu nur ada buat entry tentang UPU ni. Ada sejarah tersendiri tentang UPU. Sekarang ni dah tukar nama tapi masih lagi lekat dengan nama UPU tu.. sebab senang nak ingat kot.

Ini entry Nur:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/07/upu-upumohegovmy.html

Ini LINK untuk ke UPU ONLINE:
http://upu.mohe.gov.my/  

Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini.

TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA..


Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini
KUALA LUMPUR - Keputusan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal boleh diketahui hari ini mulai pukul 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my., http://www.jpt.utm.my, http://jpt. uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.
"Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya.
Beliau berkata, keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.


UPU / upu.mohe.gov.my :

Kini musim menyemak keputusan ye kawan=kawan...
so, uolls dah semak ke?..

BAGI YANG BELUM BOLEH KLIK KAT LINK NI YE,,
http://upu.mohe.gov.my/
 semoga menjadi mahasiswa yang cemerlang dunia akhirat,,
ikhlas dari..
ALL IN ONE.


  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada awal 1970-an hingga 10 Oktober 1995.
  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi.
  • Mulai 01 Januari 2005 - dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) adalah satu Bahagian dalam Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
  • Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pengajian Tinggi pada 01 Januari 2005.




Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..






Borang UPU 2012/2013.. Dah isi?

Borang UPU 2012/2013.. Dah isi? Sila lawati: http://www.mohe.gov.my/portal/

Bagi yang dah mesti rasa lega. Ada yang masih belum isi BORANG UPU ke?.. Masih berkira-kira nak isi ye?.. Agak- agaknya course apa yang menjadi pilihan? Kalau zaman dahulu sesiapa yang dapat masuk U tu memang dipandang tinggi.. Sekarang?..
Masih dipandang tinggi.. Iyalah. siapa yang tak bangga bila dapat masuk Universiti kan?.. Nak nak pula kalau dapat tawaran hingga ke luar negara. Di samping dapat menimba ilmu, dapat juga menimba pengalaman budaya negara orang. Cuma yang penting kena pandai pandai bawa diri..

Pandai jaga diri, tak semestinya untuk yang kat luar negara aja.. Yang kat dalam negara ni pun mesti pandai jaga diri juga.. Godaan macam-macam sekarang ni.. Pandai pilih kawan supaya sama-sama berjaya..

Kalau boleh nak pilih course yang menjanjikan peluang pekerjaan terus bila dah grad 3-4 tahun nanti.. Bidang paling glamer pastinya guru.. Tapi, dengar khabar ramai juga guru lepasan ijazah yang masih belum dapat posting.. jadi macam mana?.. meniaga atau jadi petani moden aja la.. :(

Semak Rayuan UPU ONLINE 2011.?

Salam petang petang.. Tengah syok menengok gambo Datuk Siti Nurhaliza yang jelita tu ye? Meh nak bagi gangguan sikit. Jangan marah no.
Tadi sedang asyik membaca tweet kawan kawan, adala ternampak tweet tentang rayuan untuk ijazah pertama. Maksudnya keputusan RAYUAN UPU ONLINE la kan. Tak begitu pasti.. Ada kawan yang boleh tolong jelaskan tak?

Kenapa nak merayu pula?
Yelah. Kalau tak berjaya kali pertama , sudah tentu mengharapkan peluang kedua. Kalau RAYUAN ni makin cerah peluangnya apabila ada yang menolak tawaran.. Kenapa tolak tawaran ( mungkin ada tawaran yang lebih baik untuknya)..

Adakah mereka yang membuat rayuan ni terasa dianaktirikan. Tidak sama sekali. Mencuba tidak pernah salah. Kalau tak dapat masa first time, cuba lagi dan lagi.. Kalau betul caranya dan kalau dah rezeki.. Mungkin tercapai. Namun kalau takmahu mencuba, tak usahlah cakap 'Mungkin takde rezeki'

Okela.. Kalau nak tahu lebih lanjut.. Jum ke www. Upuonline.com

Status IPTA 2011/2012.

Tahniah bagi yang berjaya!!!..

Macamana nak cek?..
Secara ringkasnya:

  • menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
  • melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my
  • menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.



Kemudian, apa perlu buat?

  • mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan.
  • calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
  • mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA),
  • calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi .
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
  • Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Semak Status Permohonan Ke IPTA. Pelajar Lepasan SPM.

CARA- CARANYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/05/semak-status-permohonan-ke-ipta.html

Tapi bukan sekarang.. Nantikan pada jam 12 tengahari nanti.. Pasti 'jammed' line saat itu.
Tapi kalau nak cuba dulu, mana tahu kot-kot ada rezeki, cubala klik 'link' ni..

Semua ni maklumat dari Kosmo. Seraya membaca, terus ingin berkongsi, manalah tahu ada yang tak tahu atau terlepas pandang...

Semak Status Permohonan Ke IPTA.

~Semoga kawan-kawan semua berjaya ke Menara Gading!


KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari -6 Mei).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
Menurutnya calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan “dasar tawaran terbuka”, yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.
"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.
Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad,” katanya.
Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.
Menurutnya hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal. - Bernama

Kemasukan Matrikulasi?

Semalam baca kat HARIAN METRO. Berita berkenaan CARA SEMAK KEMASUKAN MATRIKULASI KPM. Boleh semak melalui SMS. Tapi terlupa nak ambil detailnya. Mungkin sebab masa baca tu kurang tumour jadi memori nak imbas balik tu memang susahla. Kalau Ada nanti CARA-CARA yang detail Akan diupdate lago. Harap bersabar kawan- kawan. Atau Ada yang nak tolong bagitau caranya amat dialu-alukan.
Agaknya best tak masuk Matrikulasi ni ye? Bagi yang tengah bercuti , apa yang finish ye? Ada yang kerja? Ada yang ambil kursus singkat? Ada lagi ke yang ambil kursus komputer? Iyalah kan, KINI zaman IT. semuanya paperless. Tapi kalau black out tetiba camne ye? Habis lesap semua yang penting.(oh kolotnye kalau fikir camtu- betulke?
Tahniah buat yang berjaya dapat tempat di Matrikulasi. Selangkah ke menara gading! Namun bagi yang tak berjaya, ini bukan akhirnya.. Masih Ada baaanyak alternative lain kan. Begitula dental semua prelate dalam hidup ni. Kalau plan A tak berjaya, kita guna plan B. Kalau Masih tak berjaya terai plan C.
KEMASUKAN Matrikulasi tahun ni dijangka bulan 9 lah ye? 23mei sebenarnye* tq aliarosli.;)
Cuma universiti je yang Selaras dengan kementerian yang nak selaraskan supaya sama dengan peringkat antarabangsa.(fuh ayat).
Seronok la kome leh cuti panjang. Best betul kalau dapat cuti pepanjang kan..

Pernah Tonton : 3 IDIOTS?; Untuk Pelajar IPT/sekolah..

Terbaik?.....

No Comment.. (Pastu, kenapa buat entry?)
.
.
.
Ni nak komen la ni..
Walaupun ketinggalan keretapi sebab lambat menonton cerita ni, namun berbaloi juga la sebab boleh tonton dengan aman damai. Maksudnya, tonton sorang-sorang la.. Menikmati jalan cerita...

Best sangat ke?.. Cerita ni, biasa- biasa saja.. Cuma yang bestnya apabila melihat sisi-sisi positif dari cerita ni.. Banyaaak pengajaran positif yang boleh lihat.. Kena tengok, fikir dan akhirnya.. oh betul jugak ni..

Yang menambat hati adalah situasi Aamir Khan sebagai Rancho yang tidak berkemampuan untuk belajar, tapi minat yang mendalam terhadap ilmu yang membuat dia terus berusaha. Bagi yang berkemampuan, tidak pula timbul minat yang macam tu..

Dan cara pembelajaran Rancho(Aamir Khan ) ni adalah secara kritis.. Iaitu secara berfikir.. Yang kebanyakan pelajar buat adalah dengan menghafal, jadi pemahaman itu kurang.. Memang best!.. Ambil pengajaran dari situ ye.. Pelajar-pelajar sekalian..

Marion Caunteer dan Gambar Perkahwinan

Untung kan jadi orang kaya, dengan usaha sendiri tanpa gunakan skim cepat kaya.. Bolehla hidup bermewah mewah.. Kalau keluarga dah kaya tak payah nak masuk U bagai.. Habis sekolah tak perlu susah susah cari borang UPU.. Tak perlu pening kepaa isi UPU online yang asek jem tu ye?.. Betul tak..

Tadi nengok kat BeautifulNara, gambar perkahwinan Marion Caunteer dan SM Nasa. Bukan calang calang tempat diorang buat.. Kat Maldives tu.. Macam best je Maldives tu.. Pernah tengok kat TV la masa si Mawi pegi kembara kat sana..

Nak tengok ke gambo tu?.. Kat sini ye kawan kawan.. credit tu BeautifulNara.. Gambar perkahwinan marion Caunteer dan SM Nasa di Maldives

Mohe .. / Isi Borang UPU online

TARIKH PERMOHONAN : 10 JANUARI 2011 - 04 APRIL 2011
http://upu.mohe.gov.my

Pesanan penaja:
  • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
  • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskini borang permohonan anda sehingga tarikh tutup permohonan (04 APRIL 2011).
  • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.

  • Pemohon KATEGORI C & D wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan / pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 11 April 2011 (Isnin).[KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI]
Jom masuk U beramai ramai..
Masih ingatkah lagi saat kawan kawan di soal oleh cikgu.. masa tadika ke.. sekolah rendah ke.. Apa cita cita awak.. Dulu dulu ramaila jawab.. nak jadi cikgu, peguam, polis, doktor, pramugari... Tapi sekarang ni apa jawapan ek?.. Mungkin Angkasawan, Saintis, Professor.. Penyanyi macam Ana Raffali, Pelakon macam Fasha Sandha, atau Pengacara macam Lisa Surihani..

Atau ada tak yang jawab.. 'Saya nak Jadi Blogger tegar cikgu..."

Borang UPU Online

Borang UPU tu antara pencarian utama kat blog ni... Mungkin sebab haritu ada share link tu kat entry Isi Borang UPU online.. Jadi Ramai yang google kan.. Maklum la sekarang ni kan musim nak daftar UPU..

Jadi kawan kawan dah siap ke isi borang.. Yang mana menjadi pilihan.. IPTA mana?.. Atau memang dah terikat dengan sesebuah Universiti sebab matriks under that uni?..

Apakah pilihan kos yang diminati? Apa faktor kawan kawan pilih course yang tersebut? Adakah dah muktamad course tersebut?.. Apa yang mempengaruhi?.. Minat atau peluang pekerjaan?.. Memandang kan kini ramai yang menganggur, jadi pilihan sesuatu course mestilah yang menjamin sesuatu pekerjaan.. Atau tak kisah le kursus apa pun, janji dapat masuk U.. Mana yang lebih penting?..

Bukan nak membebel apa, cuma waktu waktu sekarang ni kalau isi online pasti line clear ye.. sebab ramai dah tidur.. Jom.. pilih yang tepat ye kawan kawan.. Good Luck..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...