Nak Souvenier best?

Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Boleh Buat Aduan!!

Pengarah Eksekutif Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Azizan Mohd. Afandi memberitahu, pengguna mempunyai hak untuk mendapat pembelaan sekiranya masih tidak berpuas hati biarpun selepas membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar.
"CFM merupakan medium yang jarang digunakan oleh pengguna dengan sewajarnya sedangkan setiap aduan yang diterima akan cuba diselesaikan membabitkan semua pihak yang terbabit.
"Pengguna mestilah mengetahui hak mereka dan yang paling penting, semak setiap bil yang dikenakan supaya mereka tidak teraniaya," katanya ketika ditemui di pejabat CFM di Straits Building, Lebuh Pasar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Azizan, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah langganan telefon dan jalur lebar tertinggi di dunia dengan jumlah pelanggan sebanyak 37 juta, melebihi jumlah penduduk negara sendiri yang berjumlah kira-kira 28 juta.

Suka baca news kat mana?

Suka baca news kat mana?

Oleh sebab jarang-jarang ada masa nak tengok berita kat TV sebab asyik dengan komputer / online, makanya daripada tengok BULETIN UTAMA TV3 tu, sumber berita telah bertukar. Lagipun kalau kat TV rasanya banyaak sangat berita politik. PRU 13 la, macam macam lagi la.. Tapi pilihanrayanya belum gak dijalankan. Pilihan raya universiti tu ada la.

Pilihanraya UIA pun sampai kena buat semula. 


Jadinya, beralih arah kepada online news. Boleh dapat berita terkini dari dalam dan luar negara. Tajuk berita yang dibaca dulu. Kalau menarik baru klik. Kadang-kadang bila baca kat blog kawan kawan, baru le tercari berita kat akhbar online. Pilihan kawan-kawan?

bhonline?
hmetro?
atau
kosmo
atau
sinar harian?

Rakyat Malaysia Memang Bijak.


SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan kaedah baru untuk mengubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata bagi kegunaan pembuatan papan buluh laminasi dan inovasi baru itu merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Penyelidik Jabatan Pengeluaran Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar berkata, teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
“Saya yakin bahawa buluh mempunyai ciri-ciri yang sama, atau kadang-kadang lebih baik daripada kayu. Buluh dijadikan sebagai bahan alternatif kepada kayu.
“Biasanya papan buluh laminasi menggunakan kaedah ‘splitting-squaring’ (membahagikan kepada empat segi) tetapi ia tidak praktikal dan melibatkan 13 proses yang mengambil masa.
Dr Edi menunjukkan perbandingan antara kepingan buluh yang sudah diratakan dan sekeping lagi yang hampir diratakan.
“Namun kaedah V-Grooving hanya melibatkan antara tujuh dan lapan proses sahaja menjadikannya sebagai kaedah yang lebih efisien untuk memudahkan operasi,” katanya pada sidang media sempena Putra Cipta Siri Tujuh 2012 di Fakulti Perhutanan, UPM di sini, Selasa

BELI ONLINE? SHOPPING ONLINE?


4 comments:

AyueJean said...
Try ni....
http://www.facebook.com/asylla.collectionsii
LELAKI INI said...
tak suka beli online
hehehe
Anissazira Mahmod said...
http://www.zalora.com.my/
Aisy Nasiha said...
Saya dulu suka juga bli bju n tudung online. Tapi dua kali yg terakhir dpt brg yg tak puas hati terus tak beli lg..

Kat Mana Nak Beli Baju Raya Online?

Disebabkan tiada kesempatan untuk beli belah di bulan puasa ni sebab jadual adalah amat ketat.. makanya teringinla nak cuba beli baju raya kali ni secara online.

Ada sesiapa yang boleh beri cadangan kat mana nak beli?
Kalau ada link boleh terus tempek kat ruangan komen tu ye?

Kebaikan beli belah secara online:
~ MENJIMATKAN MASA
~ONLINE SHOPPING BOLEH DI ASES DI MANA SAHAJA
~MENJIMATKAN TENAGA JUGA
~MENJIMATKAN MINYAK KERETA.. x PAYAHLA NAK DRIVE BAGAI
~MENGURANGKAN KESESAKAN DI SHOPPING MALL ATAU JALAN MASJID INDIA..(tetiba)


ok.. kalau kawan-kawan ad link BAIK PUNYE.. sila SHARE di sini ye..

Jenayah cyber.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang untuk membentuk satu akta yang mampu melindungi pengguna dalam urusan perniagaan secara atas talian seperti e-dagang tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, cadangan itu akan dibentang ke Parlimen pada April depan untuk diputuskan berikutan peningkatan 130 peratus jenayah siber kepada 11,930 kes dicatatkan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 8,090 kes dilaporkan pada 2010 oleh Cyber999 Help Centre. “Pecahan statistik itu menunjukkan jenayah penipuan menjadi kes majoriti dilaporkan kepada 4,175 kes, penyebaran kod berniat jahat sebanyak 3,452 kes dan pencerobohan berada di tempat ketiga iaitu 2,345 kes.


“Melihat kepada laporan ini, kementerian khuatir ia akan terus meningkat pada masa depan kerana kini sistem urusan kewangan lebih banyak dilaksanakan secara atas talian dan lebih membimbangkan ia membabitkan proses transaksi tunai di kalangan pengguna dan peniaga,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, akta itu akan turut meliputi perlindungan hak peribadi pengguna termasuk pendedahan identiti pelanggan yang sering dikongsi di kalangan peniaga bagi mengelakkan kerahsiaan data peribadi orang ramai tidak dicerobohi dengan mudah.


Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2012, beliau berkata, peniaga diharap tidak menaikkan kadar harga barangan selepas kerajaan menawarkan RM500 kepada orang ramai yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.


“Kerajaan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam perniagaan seperti peruncit, pemilik restoran, pengeluar dan pemborong bagi mengelakkan peningkatan harga barang kepada pengguna,” katanya.

KOSMO ONLINE.

Adalah salah satu akhbar online yang suka dibaca.. Dan berita berita dari KOSMO online pun suka nak dikongsi bersama. Ala ala surat khabar online pun jadi juge blog ni pada hari-hari yang terasa nak share berita berita menarik seluruh negara. Macam baca buku pendidikan juga.. Nak salin isi-isi penting yang menarik. Kalau baca sepintas lalu, mungkn tak terkesan diminda.. Kalau salin tu, lebih konsentrasinya.

Begitu juga la bila baca apa=apa yang online. Untuk mengingatinya dengan cepat atau kadang tak sempat baca, kena book mark dulu, atau terus kopi dan simpan di folder. Bila ada masa terluang, baru le relaxkan diri dan baca apa yang tersimpan tadi. Namun, kekangan masa juga faktor utama.. Sehingga tertangguh mengambil masa berbulan-bulan lamanya..

~Erk.. Ada Isi ke entry ni?..

Barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.

~Ada tak antara kawan-kawan yang dah menggunakan perkhidmatan tersebut?


Sambil duduk di rumah melayan anak-anak atau menonton TV, dengan satu klik di internet sahaja selepas beberapa jam barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.
Itulah antara perubahan gaya hidup dan budaya beli-belah yang dibawakan Doorstep Retails Sdn. Bhd.
Syarikat itu telah membangunkan laman web www.doorstep.com.my dalam menawarkan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan harian rumah sehingga ke pintu pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ragavan P. Nair berkata, laman web berkenaan dibangunkan untuk memberi platform alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian rumah mereka.
“Kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai gaya hidup yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian rumah mereka.
“Justeru itu, laman web ini akan dapat membantu memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah mendapatkan produk sebaliknya hanya melayari alam maya dan produk akan dihantar ke rumah atau pun pejabat,” katanya kepada Kosmo!.
Pada mulanya, Ragavan menambah, laman web tersebut hanya menawarkan produk barangan korporat terutamanya dalam industri hotel, institusi kewangan, hospital, syarikat telekomunikasi dan televisyen.
Bagaimanapun, melihat sambutan yang diberikan segmen tersebut amat positif, ia telah dikembangkan kepada pasaran pengguna pada tahun lalu.

HARI PEKERJA PUN KENA KERJA?

Kesian kat dia ye?.. Siapakah dia tu?..

Aku dah kerja kat sini, lebih kurang 11 bulan la .. masa awal2 aku masuk gaji sume sharp la... tapi lepas 4 bulan , dieorang mula wat hal.. gaji sampai setengah bulan lambat.. sampai member ofice aku sorang ni berhenti la.. lepas budak tu berhenti, gaji aku mula sharp balek la... tapi sekarang, perangai bengong dieorang datang balik... dua bulan xbayar..

Sebelum ni, aku pernah gak wat entry pasal ni... ramai yang cadang kan supaya aku wat pengaduan kat jabatan buruh jerk... aku pon xtau la.. lom wat keputusan lagi... kalau ikut undang2 rasenye memang patut kut aku wat aduan tu... ngan SOCSO n KWSP aku dieorang xcarum...




ni la dia:http://topimagine.blogspot.com/

SELAMAT HARI PEKERJA.

Selamat Hari pekerja juga kepada mereka.
CHEGU ZUBIR,
TAUFIQ
dan
ARDINIHUMAIRA.


Pengomel pertama harini adalah CHEGU ZUBIR: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/04/jom-tambah-followers.html

Pesanan buat Chegu Zubir..
Bila di klik pada nama Chegu Zubir di bahagian komen, maka keluar page sebegini. Harap Chegu Zubir dapat 'ENABLE ACCESS TO YOUR PROFILE" supaya kawan-kawan yang lain boleh melawati blog Cikgu.
Sekian, Harap Maklum..

ONLINE SHOP HANYA $5.

~Wah.. idea yang menarik.. mana nak dapat kan?.. Macam kedai DUA RINGGIT je ni..


LOS ANGELES - Satu laman web terkenal, Fiverr.com membenarkan para penggunanya untuk membeli dan menjual pelbagai produk atau perkhidmatan selagi ia tidak menyalahi undang-undang serta moral pada harga hanya AS$5 (RM14.80), lapor sebuah akhbar semalam.
Dilancarkan sejak tahun lalu, laman web itu telah menawarkan lebih 150,000 perkhidmatan seperti pemasaran, sokongan teknologi, mengedit resume, nasihat fesyen, selain menulis dan membuat persembahan lagu selamat hari jadi dalam klip video.
Seorang ahli psikologi dari Brooklyn, Suzanne menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menulis dan mempersembahkan lagu kepada para kliennya.
Sudah menggunakan laman web tersebut selama enam bulan, dia telah menjana pendapatan lebih AS$500 (RM1,482) setakat ini dengan menulis lagu hari lahir dan menyanyikannya dengan menggunakan piano atau klarinet.
"Ini cuma perkara yang saya lakukan untuk berseronok, tetapi ia benar-benar meningkatkan kebolehan saya menulis lagu," kata Suzanne.
Sementara seorang pereka grafik, Mary Ingrassia dari Howard Beach, Queens pula menjual perkhidmatan pengiklanan yang unik dengan menggunakan gambar burung kakak tua peliharaannya, Pickle.
Sejak menggunakan Fiverr.com pada Januari lalu, dia telah memperoleh pendapatan lebih AS$625 (RM1,852). - Agensi

Pernah Makan Rasuah?

MARANG — Seramai 26 orang awam yang cuba memberi rasuah kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar mereka tidak disaman ketika operasi, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Januari lepas.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, dalam tempoh yang sama juga, beberapa anggota JPJ telah dikenakan tindakan tatatertib dan dirujuk kepada SPRM, namun beliau tidak mendedahkan jumlah anggota JPJ yang terlibat.
Beliau berkata, JPJ telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan SPRM dan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk membanteras rasuah selain mewujudkan ‘Unit Pematuhan’ yang dianggotai 27 pegawai untuk melakukan semakan sama ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi atau sebaliknya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) daerah Marang, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie. — Bernama

Kisah Kena Potong!

Semalam dah telefon Customer care tu. Nasib baikle yang tukang angkat telefon tu berbudi bahasa. (Kalau dah kerja macam ni kenala cuba tunjukkan dan bagi layanan yang terbaik- walau mood kelaut).

Setelah di potpetkan, (susah juga bayar ikut online- sebab weekend-weekend tak beroperasi)..maka terungkai sudah persoalan. Geram juga la kan sebab bukannye tak bayar. Sistem belum terima. Jadi nak geram kat sapa?. Sistem?..Siapa yang reka sistem tu?..

Ish.. okelah.. Takmau merusakkan mood di pagi yang indah ini. Marilah cheer up. Bokojalah kito sekueknyo.. (ada ke ayat ni?). jadi, apakah tugasan yang nak diselesaikan pada hari ini?.. Kawan-kawan biasanya akan listkan dahulu ke tugasan yang nak dilakukan?.. Bagusla kalau sistematik begitu.

Kadang-kadang listkan juga.. kadang-kadang tak.
Cemana nak bagi konsisten?.. Silakan jawab.

JOM DESIGN HADIAH SENDIRI.

Apa?.. Kena potong?

Dear Customer
Thank you for choosing P1!

We’re sorry but your account has been suspended. To reconnect your service or for further details please call P1 CareLine at 1300-800-888.

For self payment please click here to check out available payment channels.

Best Regards,
Your friends at P1

----------
Hah? Apa? Kene potong?..
Ha , itula.. iklan dia kan guna tagline potong jangan tak potong kan?..dah betul-betul kena potong.
Haruslah digelabahkan.. Mana boleh kalau takde line internet.
Susah-susah. Segala kerja akan tertangguh.
Tapi, elok juga.. boleh buat kerja lain pulak ye..
Kerja apakah itu yang tak menggunakan line internet..?

JOM DESIGN HADIAH SENDIRI.

Gara-gara Takde Line.

Macam Chipsmore pulak ye line ni. Sekejapan ada, sekejapan tak ada. Macamana nak berinternet dengan tenang. Asyik sangkut-sangkut aja. Harapnya masalah ni tak berpanjangan. Mungkinkah disebabkan cuaca yang tak menentu menyebabkan line tak berapa elok?.. Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?

Yela.. Macam hidup kita juga kan.. Tak selamanya lancar aja.. pasti ada traffik jam kat mana-mana juga. Cuma kena pandai tackle sendiri la semua cabaran tu. Kalau tak boleh hadapi seorang diri, kongsi bersama yang terdekat..

~Yang kat bawah ni la yang buat tergugat sikit keceriaan di pagi indah ini.

This webpage is not available

The webpage at http://nurhafiz2009.blogspot.com/ might be temporarily down or it may have moved permanently to a new web address.

Here are some suggestions:

· Reload this web page later.

Error 105 (net::ERR_NAME_NOT_RESOLVED): The server could not be found.

Busines kecil-kecilan..


Ya, saya dah mulakan busines kecil-kecilan saya..... jual brooch, handmade and readymade accesories. Setakat ni saya jual offline. Jualan online belum bermula kerana saya belum puas hati dengan kualiti gambar dan layout pada website. Customer satisfaction penting dalam nak bisnes ni kan....

~Berniaga online.. banyak mendatangkan keuntungan ke?.. Mestilah.. kalau pandai menjual.. Hatta offline sekalipun.. banyak perkara yang perlu diteliti untuk meniaga kan..

Kalau tak pernah meniaga, agak-agaknya boleh tak berjaya?.. Kena belajarla kan untuk berjaya. Lagi satu kena pandai dan rajin promosi perniagaan. kalau bagi servis yang baik.. pasti ada yang datang cari kan?..

Kalau tuan blog ALL IN ONE ni nk meniaga.. Agaknya ada sambutan tak?.. (meniaga apa tah..)

11.00 Pagi.. 5 blog..

Sudah 5 blog yang dijelajahi.. Baca entry entry segar dari ladang mereka ni.. 5 blog yang baru je diupdate kan berdasarkan list bloglist kat tepi kanan ni.. Ye.. mereka ni tulis entry entry menarik untuk santapan santai pada hari Ahad..

Cili?.. Siapa makan cili terasa pedasnya.. Suka makan cili.. Kalau takde tu rasa hambar sikit la santapannya.. Tapi Kalau pedas sangat boleh meleleh air mata ni.. Maka.. yang sedang sedang aja ye..

Rupenye finetv rancangan online.. eh saluran untuk tengok tv online bila bila masa.. Disangkakan free, rupenye berbayar.. Kalau bab kene bayar ni liat sikitla ye.. Macam orang yang suke berhutang tu.. Kalau time nak pinjam.. lembut lidah.. Time nak bayar..

Okela.. Yang lain lain tu jemput baca ye kawan kawan..
http://borosdiaralom.blogspot.com/2011/02/did-you-know-what-is-hottest-chilli-and.html

http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/02/tengok-rancangan-kegemaran-melalui.html

http://www.ardinihumaira.com/2011/02/siapa-nak-jadi-awek-zizan-kena-tengok.html

http://azzeyatin.blogspot.com/2011/02/teh-o-panas-dan-biskut-4-segi.html

http://noieizan.blogspot.com/2011/02/program-institusi-bebas-dadah-di-sk.html


Borang UPU Online

Borang UPU tu antara pencarian utama kat blog ni... Mungkin sebab haritu ada share link tu kat entry Isi Borang UPU online.. Jadi Ramai yang google kan.. Maklum la sekarang ni kan musim nak daftar UPU..

Jadi kawan kawan dah siap ke isi borang.. Yang mana menjadi pilihan.. IPTA mana?.. Atau memang dah terikat dengan sesebuah Universiti sebab matriks under that uni?..

Apakah pilihan kos yang diminati? Apa faktor kawan kawan pilih course yang tersebut? Adakah dah muktamad course tersebut?.. Apa yang mempengaruhi?.. Minat atau peluang pekerjaan?.. Memandang kan kini ramai yang menganggur, jadi pilihan sesuatu course mestilah yang menjamin sesuatu pekerjaan.. Atau tak kisah le kursus apa pun, janji dapat masuk U.. Mana yang lebih penting?..

Bukan nak membebel apa, cuma waktu waktu sekarang ni kalau isi online pasti line clear ye.. sebab ramai dah tidur.. Jom.. pilih yang tepat ye kawan kawan.. Good Luck..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...