Nak Souvenier best?

Rakyat Malaysia Memang Bijak.


SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan kaedah baru untuk mengubah batang buluh dari bentuk silinder kepada kepingan rata bagi kegunaan pembuatan papan buluh laminasi dan inovasi baru itu merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Penyelidik Jabatan Pengeluaran Prof Madya Dr Edi Suhaimi Bakar berkata, teknologi itu dinamakan sebagai ‘V-Grooving’ (Pengaluran bentuk V) yang merupakan alternatif bagi menangani masalah bekalan kayu dalam industri kayu di negara ini.
“Saya yakin bahawa buluh mempunyai ciri-ciri yang sama, atau kadang-kadang lebih baik daripada kayu. Buluh dijadikan sebagai bahan alternatif kepada kayu.
“Biasanya papan buluh laminasi menggunakan kaedah ‘splitting-squaring’ (membahagikan kepada empat segi) tetapi ia tidak praktikal dan melibatkan 13 proses yang mengambil masa.
Dr Edi menunjukkan perbandingan antara kepingan buluh yang sudah diratakan dan sekeping lagi yang hampir diratakan.
“Namun kaedah V-Grooving hanya melibatkan antara tujuh dan lapan proses sahaja menjadikannya sebagai kaedah yang lebih efisien untuk memudahkan operasi,” katanya pada sidang media sempena Putra Cipta Siri Tujuh 2012 di Fakulti Perhutanan, UPM di sini, Selasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...