Nak Souvenier best?

Video menghina Nabi Muhammad

~Sejak keluar isu ini, serata dunia mengadakan prote untuk menyekat video ini, namun pihak GOOGLE  pula tak nak padamkan.. 

Video menghina Nabi Muhammad


SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab.

Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.

Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube.

Bagaimanapun, susulan daripada protes ganas pada Selasa lalu Google memutuskan untuk menyekat akses filem anti-Islam tersebut di Mesir dan Libya bagi tempoh sementara.

1 comments:

Aliff Haikal said...

Kurang ajar punya Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...