Nak Souvenier best?

2 ZulKaedah: Musim Haji Bermula.

2 ZulKaedah: Musim Haji Bermula.

~ Dah habis dah Syawal, tapi nampaknya jemputan untuk jamuan Hari raya masih berbaki sedikit sedikit. Sedar tak sedar nak sambut Raya Haji pula ye.. Sungguh pantas masa berlalu.. 


KELANA JAYA: Usia lanjut dan tahap kesihatan bukan menjadi faktor penghalang untuk menyahut seruan Ilahi mengerjakan haji.
Seorang jemaah, Bidah Mohamad, 60, dari Gemas, Negeri Sembilan menyifatkan penyakit darah tinggi, asma, kencing manis dan sakit lutut yang dialaminya sebagai dugaan daripada Allah.



“Sebelum ini tahap penyakit memang terkawal. Malah doktor mengingatkan hanya akan membenarkan saya mengikut rombongan mengerjakan haji tahun ini apabila tahap darah tinggi berada dalam keadaan baik.

“Oleh itu, setiap hari saya menjaga pemakanan serta tahap kesihatan diri termasuklah mengawal pengambilan gula dan garam yang berlebihan. “Selain itu, saya juga tidak lupa sentiasa berdoa agar dimudahkan untuk mengerjakan haji,” katanya kepada Harian Metro.



Katanya lagi, doktor turut membekalkan ubat yang diperlukan dan ia mencukupi untuk sepanjang beliau mengerjakan haji.

5 comments:

Anum said...

bestnya dapat pergi umah allah

Kesuma Angsana said...

yelah musim haji pulak bermula dah

JunAina said...

Ada org tunggu bertahun2 nak pergi ada org pulak sekejap je dah dapat pergi. Ada jugak dapat tawaran tetapi duit pulak tak ada. Rezeki masing2. Jika sampai janji ALLAH kita menjadi tamuNYA, insyaallah dipermudahkan.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

insyaallah akan ke sana suatu hari nnt.

N@SIQUE said...

plan nk pi haji di usia muda..insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...