Tips Untuk Yang Sukar Hamil.
Nur terbaca ni kat info sihat.gov.. dah pernah kongsi sebelum ni.. Jadi Nur terpanggil nak kongsi lagi . Tips bagi yang sukar hamil ni khususnya buat ahli keluarga Nur yang masih belum ada rezeki. Sambil berikhtiar sambil berdoa..
Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau mena gih dadah. Lakukan senaman, kekalkan berat badan yang ideal. Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol. Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual (STD)
Lakukan hubungan kelamin semasa waktu subur (hari ke 10-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan
Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita)
Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain
Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit. Dapatkan juga rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dsb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
thanx for sharing nur... Eza pon yg kedua ni belum ada rezeki nak lekat2 lak..hikhi
Post a Comment