Nak Souvenier best?

Zed Zaidi Hilang Kereta.

Zed Zaidi Hilang Kereta.


kosmo:

PETALING JAYA – Malang menimpa lagi kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi (gambar) apabila kereta miliknya dicuri orang awal pagi kelmarin.
Ia merupakan kes kedua yang menimpa beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, selepas sebuah kereta Toyota miliknya dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan sehingga kini ia belum ditemui lagi.
Kali ini, beliau melaporkan kehilangan kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumahnya di kondominium Perdana View di Damansara Perdana di sini.
“Pada awal pagi kelmarin saya dimaklumkan oleh isteri dan pembantu peribadi saya bahawa kereta itu yang diletak di hadapan kondominium kami sudah lesap selepas pulang dari membeli-belah.
“Selepas mengesahkan kereta itu tidak digunakan oleh keluarga terdekat, isteri saya membuat laporan polis pada malam kejadian,” ujarnya yang dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tambah Zed Zaidi, kereta yang dibeli lebih dua tahun lalu itu biasanya dipakai oleh ibunya dan diletakkan di hadapan kondominium ekoran ketiadaan ruang tempat letak kereta di dalam kawasan kediamannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...