~Kalau kat malaysia dah ramai kot kena pancung sebab banyak juga kes kes begini..
RIYADH: Seorang lelaki Arab Saudi disabitkan bersalah kerana merogol seorang wanita yang merupakan anggota keluarganya dengan menjatuhkan hukuman pancung pada Rabu, kata kementerian dalam negeri.
Kementerian itu dalam satu kenyataannya menerusi agensi berita berkata, Faleh Ali al-Oteibi didapati bersalah kerana melakukan liwat dengan mahramnya, sambil menambah bahawa lelaki itu melakukan perbuatan itu selepas minum alkohol, yang dilarang di negara Islam yang konservatif.
Identiti mangsa tidak didedahkan.
Menurut AFP berdasarkan laporan-laporan rasmi, Oteibi dipancung di sebuah bandar di barat Makkah menjadikannya sebagai yang ke-53 yang menerima hukuman mati setakat ini pada tahun ini.
Selain pembunuhan, berdasarkan undang-undang syariah, hukuman mati yang ditetapkan di Arab Saudi turut disebabkan oleh beberapa kesalahan termasuk rogol, murtad, rompakan bersenjata dan penyeludupan dadah. - AFP
4 comments:
dah buat hukuman pancung pun..masih ramai lagi melakukan kesalahan
Assalamualaikum Nur
Subhanallah
Subhanallah
kalau kat M;sia ada hukuman macam ni kurang la kot perogol & kes sumbang mahram ni..
Post a Comment