Nak Souvenier best?

Bukan Hanya di Malaysia..

~Kat Hollywood juga ada kes sebaran kematian palsu.. Kali ni Morgan Freeman tu pulak kena.. haih.. Takde keje ek.. Suka lakonan dia ni..


LOS ANGELES - Aktor terkenal Hollywood, Morgan Freeman sekali lagi menjadi mangsa di internet minggu ini apabila khabar angin mengenai kematiannya tersebar di laman sosial Facebook, lapor portal hiburan TheWrap.com kelmarin.
Ia tersebar melalui sebuah akaun Facebook yang kemudian disukai oleh lebih 842,000 individu.
Agensi berita Reuters kelmarin melaporkan laman sosial berkenaan mendakwa Freeman meninggal dunia selepas mengalami masalah arteri.
"Sekitar pukul 5 petang waktu tempatan pada Khamis, aktor kesayangan kita Morgan Freeman meninggal dunia akibat saluran arteri pecah," tulis akaun Facebook berkenaan.
Bagaimanapun, jurucakapnya ketika memberitahu TheWrap.com menafikan berita tersebut selain mengesahkan Freeman masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...