Nak Souvenier best?

Teruja Memey & Norman bakal dapat anak..

Bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Februari tahun depan, Memey telah bersedia untuk bergelar seorang ibu sementelah, dia juga mempunyai tiga orang anak tiri hasil perkongsian hidup Norman bersama aktres Abby Abadi.

"Sudah pasti saya bersedia untuk menjadi ibu dan sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk melahirkan anak sulung ini. Apabila hamil, saya rasa hidup telah lengkap sebagai wanita dan sekarang merupakan saat yang sungguh membahagiakan saya," ujarnya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 pusat beli-belah Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.
Cerita Memey, Norman menjaganya dengan penuh teliti sepanjang tempoh kehamilannya, malah setiap hari mereka teruja dengan perkembangan bayi yang dikandungnya.
"Setiap hari bila bangun tidur, saya akan pandang cermin dan lihat perut yang semakin membesar. Perasaannya sungguh bahagia bila tahu keluarga saya akan semakin membesar.

~Sesiapa pun bakal bergelar ibu sure la teruja dan gembira kan.. Excited bak kata omputeh. Terutamanya bila kali pertama mengandung.. Mestila sangat gembira bakal bergelar ibu bapa. Then kata orang keterujaan tu menurun plak untuk anak kedua dan seterusnya.. betul ke begitu? isk..

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ke-2 pun teruja yg sama :)

Anum said...

tahniah

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tahniah......

Kakzakie said...

Kalau kakak setiap kali memang teruja Nur sebeb keluarga kakak susah nak dapat baby... bahkan ada yg terus tak ada Nur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...