Teruja Memey & Norman bakal dapat anak..
Noryn & Raja Bahrin.

Gambar Kahwin Ashraff Muslim.

TAHNIAH.
MOGA JODOH BERKEKALAN.
(diijabkabul di hadapan Kaabah.. untungnya kan..)
Majalah 3 khas: Biografi Nurul Syuhada Nurul Ain / Pengacara M3.
Sudah tidak sanggup nak menonton SIARAN LANGSUNG BOLASEPAK MALAYSIA vs SINGAPURA
untuk Kelayakan Piala Dunia itu.
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/keputusan-bola-sepak-malaysia-vs.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/kad-merah-untuk-harimau-malaya.html
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/siaran-langsung-malaysia-vs-singapura.html
Maka melencongkan siaran tv ke MAJALAH 3 KHAS.
Kali ini memaparkan tentang BIOGRAFI Pengacara Majalah Tiga yang terkini: Nurul Syuhada Nurul Ain. Rupanya dia ni adalah pemegang IJAZAH Sains Marin dari UMT( Universiti Malaysia Terengganu.) Dulu, cita cita beliau adalah untuk jadi TEACHER.. cikgu oke.. Tapi masa FINAL YEAR di universiti tu dia dicungkil bakatnya dalam rancangan TOP HOST malaysia.
Umurnya baru 27 rupanya ye.. Eh baru ke dah 27..
Sedih pula melihat RANCANGAN KHAS MAJALAH 3 NI sempena PERKAHWINAN NURUL SYUHADA NURUL AIN dan pasangannya AMIR!
Satu perkara yang peribadinya tertarik pada dia adalah pada NAMA nya yang yunik tu.. Nurul ada dua kali.. Tak pernah jumpa lagi..
Semoga dia gembira macam kat SINI: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/07/perkahwinan-nurul-syuhada-pengacara.html
PERKAHWINAN NURUL SYUHADA PENGACARA MAJALAH 3. TV3
![]() |
NURUL Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin dan Raja Amir Shah Raja Azwa selamat dinikahkan di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur – Ihsan TV3 |
PERKAHWINAN rm12juta: MEMEY & NORMAN HAKIM.
Banyak tu kan.. Nasib baikle semua tu tajaan.. Agaknya sebab tak ramai selebriti HEBAT yang nak kahwin tahun ni.. Tu yang dapat kat Memey & Norman Hakim tu ye.. Kira win win situation la kan sebab satu pihak dapat PROMOSI kan barang barang mereka dan satu pihak dapat menjimatkan KOS PERKAHWINAN.
Berikutan entry tadi: ini komennya..
- Kakzakie said...
- Kakak kurang minat selibriti ini
- July 23, 2011 8:13 AM

- Raden said...
- kalo bercerai jugak tak tau la nk ckp pe lagi...
- July 23, 2011 8:45 AM

GAMBAR KASUT KAHWIN MEMEY & NORMAN HAKIM.
TAPI NAK TENGOK RUPABENTUK KASUT YANG MAHAL REKAAN PPROF DATUK JIMMY CHOO NI.. MANA TAU NANTI RAYA BOLEH TEMPAH YE TAK?

Perkahwinan 7.2juta! Memey & Norman.
***
TAPI ALANGKAH BESTNYA KALAU MEMEY & NORMAN TU TOLAK PENAJAAN, SEBALIKNYA SUMBANGKAN PADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.. 7.2 JUTA TU BANYAK TU KALAU NAK DIKONGSI..
KUALA LUMPUR: Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown Plaza Mutiara di sini yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.
"Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).
"Bagi persalinan gaun, kami memberi peluang kepada semua pereka fesyen tempatan untuk menghantar rekaan masing-masing dan pihak Rafflesia akan memilih yang terbaik di mana rekaan tersebut mestilah berpadanan dengan mutiara yang dipadankan itu," katanya pada sidang akhbar penajaan perkahwinan Norman dan Memey di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat.
Tambah Bill, tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'.MSTAR
Anang dan Ashanty, Norman dan Memey.
Uniknya lamaran bapa dua anak ini didampingi oleh pengacara majlis itu yang mengatakan bahawa dirinya sudah mendengar Anang bakal merisik Ashanty.
Mendengar hal ini ibunda Ashanty hanya tersenyum dan mengangguk. Sedangkan Ashanty yang ada di kanan pengacara itu mengaku tidak menolak Anang jika jodoh mereka panjang.
Sementara itu, Anang yang kelihatan merah padam apabila mendengar ungkapan itu terus menjawab dia bersedia sepenuhnya untuk melamar wanita cantik itu.
Di tempat yang sama, KD berkali-kali mendoakan lamaran itu. Sementara ibu Anang yang berada di kiri KD menerangkan bahawa dirinya menyerahkan tentang soal itu kepada mereka berdua.
"Kami selaku orang tua berdoa dan keputusan ada pada Allah. Lebih baik kalau mereka percepatkan urusan ini," kata ibu Anang lalu tersenyum kepada KapanLagi.com.
-suka dengar lagu2 ciptaan Anang..
Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain/ Pengacara Majalah 3.
Ha inilah gambar pra perkahwinan Nurul Syuhada tu. Ingat dah kahwin, rupanya belum lagi. Tarikh perkahwinan Nurul Syuhada ni adalah dijangka pada 23JULAI nanti. Wah, sekarang ni dah trend ada gambar pra perkahwinan ye. Ada yang suka dan tidak kurang juga ada yang tak menggemarinya.
Mengenali Nurul Syuhada ni adalah setelah dia mengambil tampuk pengacaraan rancangan terkenal MAJALAH 3 tu. Siapa tak kenal dengan rancangan yang berjaya menaikkan nama nama pengacara hebat terutamanya Norzi dan sebagainya.
Nurul Syuhada ni juga pernah digossipkan dengan angkasawan kedua negara iaitu Dr Faiz. Namun itu sudah menjadi sejarah. Maka , mari sama mengucapkan Selamat BAKAL pengantin Baru kepada Nurul Syuhada ni ye..KREDIT GAMBAR WWW.MEOW.COM.MY
Perkahwinan Farah Anuar NLKO dan Johan.
PUTRAJAYA - Impian penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, untuk bernikah di atas kapal menjadi kenyataan apabila dia dan pasangannya, Johan Johari, 26, selamat diijabkabulkan di atas bot Cruise Tasik Putrajaya, petang semalam.
Farah yang berwalikan bapanya, Anuar Ali dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.
Finalis Akademi Fantasia kedua (AF2) itu mengenali Johan, seorang ahli perniagaan pada tahun 2005. "Johan adalah cinta pandang pertama saya. Apa yang membuatkan saya menerima dia adalah kerana kesabarannya selain selalu mengutamakan saya dalam setiap perkara,'' ujar Farah yang ditemui selepas majlis akad nikah.
Farah menerima mas kahwin sebanyak RM2,500 dan wang hantaran berjumlah RM25,185, simbolik kepada tarikh lahir penyanyi itu beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Pasangan itu yang akan berbulan madu di Maldives sebelum Ramadan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya hari ini.
Aishwarya Rai Mengandung.
~Hepinye lah ye atuk Amitabh tu..
sekitar jam 10.15 malam pada 21 Jun lalu, bapa mentuanya yang terlalu gembira menerima berita itu mengesahkan kehamilan Ash menerusi akaun Twitter peribadinya.
Amitabh menulis: “Saya akan bergelar datuk. Aishwarya sedang hamil. Sangat gembira dan mengujakan”.
Mendirikan rumah tangga pada 20 April 2007, bekas Ratu Dunia 1994 itu media bagaikan tidak memberinya ruang untuk bernafas selesa sejak bergelar isteri. Spekulasi kehamilannya sentiasa bertiup kencang, namun desas-desus itu kembali dihangatkan pada Mei lalu apabila tubuhnya dilihat lebih berisi berbanding sebelum ini.
Tiupan spekulasi itu bertambah hebat ketika Ash membuat kemunculan pada acara Prix de Diane Longines di Hippodrome de Chantilly, Perancis, pertengahan Jun lalu.
Dia yang mengenakan pakaian longgar sering dilihat cuba menutup perut dengan kedua-dua tangannya. Ternyata segala yang diperkatakan ramai itu kini bertukar menjadi kenyataan.
Ash tidak mampu menyembunyikan berita gembira itu selepas menjalani ujian kehamilan yang dilakukan di Seven Hills Hospital, pinggir Mumbai. Sebaik berita itu diketahui, pasangan ini dibanjiri mesej tahniah daripada teman dan peminat menerusi pelbagai rangkaian media sosial.
Ketika ditanya peminat, adakah sudah melakukan imbasan jantina bayi atau mahu merahsiakannya, Abhishek memberitahu, dia berharap dikurniakan cahaya mata perempuan. Namun, sekali lagi spekulasi bertiup apabila ada media melaporkan pasangan itu akan menerima cahaya mata kembar.
“Saya cuma mampu berterima kasih atas segala doa. Kami sangat gembira dan berterima kasih atas kasih sayang, sokongan dan restu yang diterima,” kata Ash.
Gambar Kris Dayanti Kahwin.
RAUL Dos Reis Lemos. Sukar benar menyebut nama lelaki pilihan jiwa Kris Dayanti (KD) ini. Mungkin sesukar itu juga wanita berusia 36 tahun itu meyakinkan khalayak bahawa lelaki yang berasal dari Dili, Timor Leste itu merupakan insan terbaik sebagai suaminya.
KD kini sah menjadi rusuk kiri lelaki yang terkenal dengan panggilan Raul Lemos dalam satu majlis akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, hari ini.
"Saya bersedia menjadi isteri buat Raul Lemos di sebalik pandangan skeptikal serta penghinaan yang ditujukan kepada hubungan ini," kata KD sewaktu ditemui selepas majlis khatam al-Quran dan tazkirah perkahwinan yang diadakan di rumahnya.
Tidak mahu ketinggalan berkongsi bahagia yang terpancar di wajah ayunya, KD mempelawa penulis menyaksikan sendiri hari bahagianya itu.
Diva ini bakal mengikut suaminya jauh ke Timor Leste, membiasakan diri bergelar nona kepada seorang usahawan hebat negara itu.
Lebih romantik, pasangan yang berencana menghabiskan tempoh bulan madu di Lisbone, Portugal ini bakal berkongsi hidup di sebuah banglo di tepi pantai di Dili. Bunyinya indah dan bahagia, mungkin itu yang dicari-cari selebriti kelahiran program realiti Asia Bagus ini.

Azwaliza Azman Berkahwin dan Dapat Kejutan.
Menyentuh mengenai perkara itu kata Azwaliza, dia benar-benar terkejut dan tidak menyangka dengan kejutan yang dilakukan Kadir.
"Saya tidak mengharap, namun kejutan itu membuatkan saya berfikir bertapa bertuahnya saya kerana dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik dan tahu menghargai orang yang disayangi. "Bagi saya kasih sayang dan tanggungjawab bakal dipikul Kadir terhadap rumah tangga kami sudah jauh daripada cukup," katanya sambil kelihatan air matanya sekali lagi bergenang."
~Wah. memang terkejutla kalau macamtu kan.. Banyak tu.. Untungnye.. Datuk Siti pun tak dapat kejutan sebegitu kan.. Belum tengok lagi gambar Azwaliza ni.. Nak g cari la..Kat mana?


