Nak Souvenier best?

Showing posts with label Ashraf Muslim. Show all posts
Showing posts with label Ashraf Muslim. Show all posts

Video Klip Asyraf Haziq di serang..

KAWAN KAWAN ADA TENGOK KE VIDEO KLIP NI YE?..

LONDON - Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kejadian samun ke atas seorang pelajar Malaysia, Mohd. Asyraf Haziq Rossli (gambar kecil) di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British.

Ini adalah klip video single mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain.

"Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama.

Asyraf, 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain.

Katanya, beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang telah menonton filem itu, mengutuk serangan tersebut dan menyifatkan ia perlakuan yang memalukan.

Umrah Bulan Ramadhan?.. Seronoknye..

BILAKAH NAK DAPAT PELUANG SEBEGITU..
JOM BACA KISAH ORG LAIN.. MANA TAU ADA REZEKI KITA NANTI ..


Panggilan untuk menghadap rumah Allah tidak pernah memilih pekerjaan atau status seseorang. Pelakon yang kini lebih dikenali dengan watak-watak baik, Ashraf Muslim sukar menggambarkan perasaan pertama kali mengerjakan solat di Mekah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun 2009.

“Perasaan saya begitu seronok dan gembira sebelum berlepas ke sana. Perjalanan umrah saya adalah dari Jeddah dan singgah di Madinah, kemudian ke kota Mekah.

“Di Madinah, rombongan yang saya sertai tiba pada waktu awal pagi dan berkesempatan solat Subuh. Tatkala kaki melangkah anak-anak tangga masjid, azan Subuh pun kumandang.

“Perasaan saya ketika itu bercampur-baur. Rasa begitu sedih dan sayu kerana seperti dijemput ke tanah suci. Perasaan gembira turut dirasai dan terasa seperti begitu rindu kepada Maha Pencipta,” ujar Ashraf ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Mekah ada sedikit kelainan.

Beliau memasuki Masjidil Haram melalui pintu pertama yang dipanggil pintu King Fahd juga pada waktu malam selepas solat Maghrib.

Untuk memasuki pekarangan masjid, jemaah perlu menuruni tangga sebelum dapat melihat Kaabah. Apabila terpandang sahaja Kaabah, saya terasa umpama magnet yang ditarik terus ke arah kiblat umat Islam itu,” kata Ashraf berkongsi pengalaman.

Tambahnya, di tanah suci itu, orang ramai akan berpusu-pusu untuk berbuka di dalam masjid kerana berdoa dalam tempoh lima minit terakhir sebelum azan Maghrib adalah paling mustajab.

Selain itu, Ashraf mengakui bahawa cuaca pada waktu siang di Mekah lebih panas berbanding Malaysia dan kadangkala suhu mencecah sehingga 40 darjah selsius.

Ashraf atau nama sebenarnya Mohd. Ashraf Muslim, 30, akan bertolak sekali lagi ke sana untuk menunaikan umrah pada 17 Ramadan ini.

Pemergian jejaka dari Melaka itu kali ini akan menjadi titik perubahan dalam hidupnya kerana dia akan menikahi gadis pilihan hati pada 1 Syawal di hadapan Kaabah.

MAJLIS PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM.


Tadi masa post ke TWITTER tentang PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM ni, dapatle juga TWEET dari kak Ziela Jalil tentang wirid Hari Sabtu.

Bagus kan beliau menyebarkan sesuatu kebaikan.. Marilah kita amalkan sempena hari sabtu yang mulia ini. Dan setiap hari ada wirid-wiridnya...

Harini apa aktiviti kawan-kawan ye?.. Hujung bulan.. Takde uang ye?.. Hehe.. Jadi duduk rumah saja.. berJIMBA bersama keluarga TERSAYANG. Kawan-kawan tersayang?.. Nanti bila uang lebih sikit boleh belanja ye..


Gambar Tunang Ashraf Muslim.


Tahniah diucapkan kepada saudara Ashraff Muslim atas pertunangannya dengan gadis jelita: NurDiana Haji Lokman, Pelajar Kedoktoran di Universiti Mannipal.

Beruntung ASHRAFF MUSLIM tu ye, dan bertuah si gadis manis ni. Khabarnya bercinta sejak dari tahun 2009. Begitulah jodoh tak ke mana ye tak?.. Yang Gossip dah lepas tu dilupakan saja ye. Mulakan kehidupan yang baru.

Majlis pertunangan disiarkan secara langsung kat Nasi Lemak Kopi O tu. Dengan Fara sebaga pengacara. Majlis bermula dengan tiupan seruling yang merdu.

Cincin disarungkan oleh Mak Uda( kakak kepada Ashraff Muslim).

Berlangsung juga pada masa yang sama perasmian eh pelancaran PUSAT PERUBATAN ISLAM AL HIDAYAH (yang diasaskan oleh Haji Lokman).

Apa pun tahniah ye ASHRAFF MUSLIM. (aka USTAZ AMIRUL)

EPISOD AKHIR USTAZ AMIRUL.

Akhirnya, berakhir slot Zehra USTAZ AMIRUL kali ni.

Sinopsis cerita:..Setelah gagal mencari kembali Adawiyah, USTAZ AMIRUL akur dengan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi MUNIRA gadis ayu yang bekerja dengan ayahnya. Semua Persiapan pertunangan telah disiapkan, setibanya hari pertunangan USTAZ AMIRUL dan Munira, Adawiya kembali muncul dalam hidup USTAZ AMIRUL….Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh dengan amanah Allah, mampukah USTAZ AMIRUL menangani dugaan nya sebagai manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan Nafsu……


Sedikit tentang episod Akhir.

  • Munirah selamat melahirkan anak perempuan yang dinamakan Rabiatul Adawiyah (aka Rabiatu Adawiyah Junior)
  • Munirah cemburu dengan kemesraan antara Wiya dan Ustaz Amirul
  • Adawiya tidak setuju doktor membuat pembedahan ke atasnya untuk membuang Kanser Ovari.
  • Wiya membeli pakaian berwarna mutiara putih untuk sekeluarga.
  • Akhirnya, Adawiya meninggal Dunia dan meninggalkan sekeping warkah buat Amirul.

~Sedap pula lagu tema..
Lepas ni slot Zehra cerita apa pula ye?

SINOPSIS USTAZ AMIRUL..

~Ada sesiapa nak tonton sama- sama?.. Jom.. Tapi kat TV masing-masing ye..

Kembalinya USTAZ AMIRUL ke kampung untuk mengotakan janji dengan ibunya. Andai tiba usianya 30 tahun, masih tiada perempuan yang menjadi calon isteri buatnya, ibu boleh mencari jodoh sesiapa saja buatnya dan dia takkan membantah. Dalam masa yang sama, keluarga USTAZ AMIRUL tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari ADAWIYA(29) yang menjadi punca mengapa USTAZ AMIRUL sehingga kini sukar mencari cinta di hatinya. ADAWIYA gadis yang pertama kali dia suka sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang hendak diijabkabulkan tetapi ayah USTAZ AMIRUL ada impian lain buat anak lelakinya itu. Apabila USTAZ AMIRUL mendapat tawaran sambung belajar di Mesir, ayahnya mahu USTAZ AMIRUL tamatkan pengajian dahulu sebelum terikat dengan perkahwinan. Kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, USTAZ AMIRUL terpaksa meninggalkan ADAWIYA yang ketika itu begitu dilamun cinta pada USTAZ AMIRUL. ADAWIYA kecewa merana, bawa diri ke bandar mengikuti sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Tetapi ianya ditipu, dipermainkan sehingga .. sambung SINI..


Ustaz Amirul / Biodata Ashraf Muslim.

~ Rupanya.. Ashraf Muslim ni ada blog juge ye.. di kendalikan oleh Budiey dan Azwan..
http://ashrafmuslim.blogspot.com/

BIODATA ASHRAF MUSLIM

NAMA:
ASHRAF MUSLIM

TARIKH LAHIR:
19 SEPTEMBER 1981

ASAL:
TELUK MAS, MELAKA

TINGGI:
180CM

BERAT:
67KG

KELUARGA:
ANAK PERTAMA DARI TUJUH BERADIK.

PENDIDIKAN:
DIPLOMA PENTADIBIRAN PERNIAGAAN
(KUALA LUMPUR INFRASTUCTURE UNIVERSITY COLLEGE)

KERJAYA:
BERNIAGA DAN BERLAKON

DRAMA:
IMPIAN ILLYANA, MANJALARA, IMPAK MAKSIMA, LAGU CINTA KITA, ANUMERTA, UP: HATI, RUMAH DEPAN SEBELAH KEDAI.

~Biodata tahun 2008 ni.. yang terbaru dia ni dah jadi pengamal perubatan Islam ye.. Dan berlakon macam-macam cerita..

Ustaz Amirul Lagi..

Seesai menonton cerita Zehra di tv3.. Dengan tajuknya Ustaz Amirul la kan.. Menarik juga episod kali ini.. Rupenya adik Ustaz Amirul tu yang Zoey tu kan yang dalam program cerita kanak-kanak Mat Kacau tu.. Nampak matured pula kan dalam cerita ni.. Selalunya dia berdampingan dengan budak budak jadi nampak childish...

Episod kali ni tentang Ustaz Amirul punye keluarga yang pergi meminang Munirah tu.. Akhirnya Ustaz Amirul mengaku kat Tok Gurunya yang dia perlu mencintai dan membimbing wanita sebab dah lama dia tunggu Adawiyah atau nama manjanya- Wiyah. adith yang Ustaz Shafie bagi kat Amirul tu memang penuh makna la..

Ending episod kali ni adalah dengan kemunculan Adawiyah.. Pastu terus keluar perkataan bersambung...... Tak sabar nak tengok minggu depan..

"Polynesia

Polinesia (daripada bahasa Greek: πολύς banyak, νῆσος pulau) merupakan subwilayah Oceania, terdiri daripada gugusan kepulauan yang lebih dari 1,000 kepulauan yang tersebar di Lautan Pasifik tengah dan selatan.

~tadi masa tengok Ustaz Amirul, ada sebut tentang ni.. Saja nak tahu dan berkongsi..

Cerekarama: Menantu Tip Top..

Jom tengok.. Sekali sekala tengok cerita cerekarama.. Minggu minggu terdahulu mempunyai mesej yang best la juga.. Yang ni kena korek mesej sendiri la kan.. nampak lawak je.. Tapi pepandai la Ambil Yang Keruh Buang Yang Jernih.. Tak gitu ye kawan kawan.

Semalam tengok Ustaz Amirul.. Tapi half half je la sebab ada urusan yang lebih perlu didahulukan. Ashraf Muslim ni memang pengamal perubatan Islam kan.. Pernah baca kat online news.. Dan entry tentang dia pun dah buat.. Bagus juga kan.. Bolehla dicontohi benda yang bagus macam ni...

Jadi, apa tunggu lagi.. Mari menonton..

Ingatkan Berlakon, Rupanya Betul Ashraf Muslim

~Dibaca dikosmo tadi.. kat sini . Tak sangka rupanya cerita betul. Bukan main main.. Bila menonton cerita Ustaz Amirul tu.. baru teringat yang dia bawa watak ustaz juga dalam cerita Niyang Rapik,.. Penghijrahan yang baik.. Teringat: Azmil, Bob Lokman..

JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.

Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.

Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.

Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.

Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.

Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...