~Dah beberapa episod tengok baru nak cari sinopsis.. Sambil menunggu siarannya nanti..
Seorang lelaki yang diamanahkan menyebarkan perihal kebaikan dengan gelaran ustaz muda di hadapan namanya bukanlah tugas yang mudah dalam dunia sekarang di mana terlalu banyak kepura puraan, mempermainkan keindahan kepercayaan agama terutamanya dan budaya moden yang memuntahkan terlalu banyak pemikiran songsang dalam hidup masyarakat kita. Itulah yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar USTAZ AMIRUL yang baru tamat pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Sekarang ini USTAZ AMIRUL pulang ke kampung apabila beliau mahu memulakan kelas agamanya sendiri.
Kembalinya USTAZ AMIRUL ke kampung untuk mengotakan janji dengan ibunya. Andai tiba usianya 30 tahun, masih tiada perempuan yang menjadi calon isteri buatnya, ibu boleh mencari jodoh sesiapa saja buatnya dan dia takkan membantah. Dalam masa yang sama, keluarga USTAZ AMIRUL tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari ADAWIYA(29) yang menjadi punca mengapa USTAZ AMIRUL sehingga kini sukar mencari cinta di hatinya. ADAWIYA gadis yang pertama kali dia suka sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang hendak diijabkabulkan tetapi ayah USTAZ AMIRUL ada impian lain buat anak lelakinya itu. Apabila USTAZ AMIRUL mendapat tawaran sambung belajar di Mesir, ayahnya mahu USTAZ AMIRUL tamatkan pengajian dahulu sebelum terikat dengan perkahwinan. Kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, USTAZ AMIRUL terpaksa meninggalkan ADAWIYA yang ketika itu begitu dilamun cinta pada USTAZ AMIRUL. ADAWIYA kecewa merana, bawa diri ke bandar mengikuti sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Tetapi ianya ditipu, dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam, maka ADAWIYA terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan apa yang sebenar terjadi kepadanya, membuatkan keluarga ADAWIYA kecewa dengan USTAZ AMIRUL.
USTAZ AMIRUL mencari ADAWIYA, memohon maaf pada keluarga ADAWIYA dan mahu mencari ADAWIYA semula tetapi usahanya tak berjaya. ADAWIYA hilang entah ke mana. Dalam masa yang sama, di kampungnya itu, seorang gadis agak lincah bernama ANITA(23) yang sangat sukakan USTAZ AMIRUL dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki Ustaz Amirul, termasuk mampu memfitnah USTAZ AMIRUL konon cuba menodainya. Tuduhan ANITA itu nanti akan memberi kesan besar pada persepsi penduduk dan keluarga yang memandang tinggi sifat baik USTAZ AMIRUL sebelum ini.
Setelah gagal mencari kembali Adawiyah, USTAZ AMIRUL akur dengan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi MUNIRA gadis ayu yang bekerja dengan ayahnya. Semua Persiapan pertunangan telah disiapkan, setibanya hari pertunangan USTAZ AMIRUL dan Munira, Adawiya kembali muncul dalam hidup USTAZ AMIRUL….Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh dengan amanah Allah, mampukah USTAZ AMIRUL menangani dugaan nya sebagai manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan Nafsu……

1 comments:
maseh xberkesempatan...
Post a Comment