Nak Souvenier best?

Aishwarya Rai Mengandung.

~BH..
~Hepinye lah ye atuk Amitabh tu..

sekitar jam 10.15 malam pada 21 Jun lalu, bapa mentuanya yang terlalu gembira menerima berita itu mengesahkan kehamilan Ash menerusi akaun Twitter peribadinya. 

Amitabh menulis: “Saya akan bergelar datuk. Aishwarya sedang hamil. Sangat gembira dan mengujakan”. 

Mendirikan rumah tangga pada 20 April 2007, bekas Ratu Dunia 1994 itu media bagaikan tidak memberinya ruang untuk bernafas selesa sejak bergelar isteri. Spekulasi kehamilannya sentiasa bertiup kencang, namun desas-desus itu kembali dihangatkan pada Mei lalu apabila tubuhnya dilihat lebih berisi berbanding sebelum ini. 

Tiupan spekulasi itu bertambah hebat ketika Ash membuat kemunculan pada acara Prix de Diane Longines di Hippodrome de Chantilly, Perancis, pertengahan Jun lalu. 

Dia yang mengenakan pakaian longgar sering dilihat cuba menutup perut dengan kedua-dua tangannya. Ternyata segala yang diperkatakan ramai itu kini bertukar menjadi kenyataan. 

Ash tidak mampu menyembunyikan berita gembira itu selepas menjalani ujian kehamilan yang dilakukan di Seven Hills Hospital, pinggir Mumbai. Sebaik berita itu diketahui, pasangan ini dibanjiri mesej tahniah daripada teman dan peminat menerusi pelbagai rangkaian media sosial. 

Ketika ditanya peminat, adakah sudah melakukan imbasan jantina bayi atau mahu merahsiakannya, Abhishek memberitahu, dia berharap dikurniakan cahaya mata perempuan. Namun, sekali lagi spekulasi bertiup apabila ada media melaporkan pasangan itu akan menerima cahaya mata kembar. 

“Saya cuma mampu berterima kasih atas segala doa. Kami sangat gembira dan berterima kasih atas kasih sayang, sokongan dan restu yang diterima,” kata Ash. 

2 comments:

Anonymous said...

wah..!!!!
sue pun tmpg bhgia.. msti anknye cumil. mate besau ;)

Puan Kutu said...

klu kembar best!hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...