Nak Souvenier best?

Korea!! Kpop. Pertukaran Budaya?..

SEREMBAN: Seramai 120 delegasi dari Korea berpeluang menikmati pertukaran budaya ketika berkunjung ke Taman College Height, Sikamat, di sini, baru-baru ini.

Kunjungan delegasi ke Malaysia bertujuan mempelajari cara hidup tradisional masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia selain semangat perpaduan masyarakat Malaysia bagi menjadi model keamanan dunia.


Program anjuran Pertukaran Kepimpinan Keamanan Global (GPLE) dan Festival Perdamaian Dunia (GPF) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan selama enam jam itu turut menyaksikan kemeriahan persembahan tradisional masyarakat Melayu, India dan Cina.

Delegasi turut dijamu dengan makanan dan buah-buahan tempatan selain menyertai aktiviti bersama masyarakat tempatan seperti permainan dan seni tradisional serta penyediaan makanan tradisional di Malaysia.


Presiden Perpaduan Sosial Korea, Park Kyung Seuk, berkata program kebudayaan itu adalah sebahagian daripada visi sosial mereka dalam melihat kebangkitan masyarakat dunia di atas perbezaan kaum sebagai satu keluarga manusia.


“Kami memilih untuk ke Malaysia disebabkan profil masyarakat yang unik kerana kepelbagaian kaum dan bangsanya. Kami juga percaya terdapat banyak amalan bernilai yang boleh memberikan inspirasi kepada usaha pembangunan sosial kami kelak.

1 comments:

insan marhaen said...

sebelum delegasi itu datang bawa budaya tradisional mereka negara kita dah pun diserang budaya negatif mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...