BH ONLINE,
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang dijanjikan hari ini menayangkan rakaman video perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu kepada media dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Theatratte ibu pejabat PDRM Bukit Aman ketika ini.
Taklimat rakaman perhimpunan yang bermula kira-kira jam 3.15 petang tadi dilakukan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Salleh Mat Rashid.
Antara perkara yang diketengahkan dalam taklimat itu termasuk kematian peserta Bersih Baharudin Ahmad, 59, dan dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar kenderaan polis sehingga menyebabkan kecederaan.
BOLEH TONTON JUGA KAT WWW.TV3.COM.MY/BERITATV3.
0 comments:
Post a Comment