-BETULKE ADA KAUNTER PANDU LALU UNTUK JUALAN ARAK NI? MASIH MENCARI SUMBER NAK BACA BERITA NI KAT MANA..
BERITA BERIKUT BERKAITAN 'Bir Halal'..
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menasihatkan pengeluar minuman ringan malta atau 'bir halal' mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau majlis agama Islam negeri (MAIN).
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam selepas muzakarah jawatankuasa itu pada 16 dan 18 Jun lepas memutuskan minuman tersebut diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak.
"Alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar yang sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.
Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya' Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2011 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.
Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lepas, susulan laporan akhbar mengenai penjualan minuman berkenaan yang semakin popular pada kalangan umat Islam di negara ini. BERNAMA
3 comments:
macam2..
kekadang macam keliru klu benda haram nak seboleh2 jadik halal...tapi klu dah diberitahu halal....terpulanglah kita menentukannyer...memacam
bolehlah letak bir ni dalam kelab2 malam..; )
Post a Comment