PUTRAJAYA: Pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dikenakan semula syarat perlu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20 bermula tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata syarat itu dikenakan semula untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan masyarakat sebagai persediaan untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kita menggalakkan semua peringkat umur menabung walaupun masih bayi. Proses membuka akaun juga kita sudah mudahkan. Kalau dulu 14 hari, hari ini mengambil masa sehari sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar PTPTN bersama IPT, pelancaran semula SSPN dan penyerahan pembiayaan pendidikan daripada institusi kewangan kepada PTPTN di sini, hari ini.
SSPN dimulakan pada tahun 2004 dan pada tahun 2008 pembukaan akaun dijadikan syarat untuk penuntut IPT mendapatkan pinjaman PTPTN, sebelum ia dimansuhkan pada tahun 2009 sehingga 2011 akibat masalah sistem.
3 comments:
apa apa ajer . hari tu zaman Datuk apply , tahun pertama yang applicant kena bukak sspn . tapi tak guna pun . sem dpn mansuh dah . cisss membazir rm20
nak meniaga duit orang
banyak utang dgn PTPTpu ni..higsh..
baca sini untuk entri terkini:
”pyejal.theStory
Post a Comment