Nak Souvenier best?

Mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

dari kosmo..


KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.
Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.
Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.
“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

6 comments:

kisah cik paro said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..

ArELeEz said...

semoga kesah arwah asyraf nie jadik tauladan kpd sume.

insan_marhaen said...

Doakan beliau diampuni Tuhan dan di tempatkan dikalangan orang baik-baik.

Mommy Fara said...

...yang azali, mati pun begitu juga. Bukan apa yg kita tukar semasa di dunia. Semoga Allah mengampuni arwah dan tempatkan beliau di kalangan org2 baik.

Subhanallah!

Afuan Shah said...

innalillah..
semoga kita memperoleh tauladan dan sempadan dripada berita ini..

AkmaFaizal said...

Al-Fatihah utk arwah. ekceli dia sakit ape? muda lagi...nampak sgt tak tau cite...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...