Nak Souvenier best?

MARI MEROKOK!!

kosmo:
KALAU KEMPEN MARI MEROKOK DENGAN KEMPEN TAKNAK MEROKOK, MANA LEBIH BERKESAN YE?..


ANTARA imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini.



PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.
Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.
"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

2 comments:

mMoOnN aAlLeEaA said...

takkan ada kesedarannya.kecuali dah alamai sendiri dengan sesak nafasnya, masuk spital ke.baru ada kesedaran. tu pun ada yg sekejap je tu

afeb pilah said...

ak smoke gk..tp x tegar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...