Nak Souvenier best?

Jujurnya Blogger Ini..

Konsep blog aku sebenarnya adalah penulisan kisah hidupku sendiri atau  istilah lebih tepat ialah biografi diriku sendiri. Aku menulis kisah benar yang berlaku pada diriku, keluarga dan alam sekeliling. Aku tak gemar mengambil hasil tulisan orang lain atau dengan kata lain, 'copy & paste' tulisan orang. Rugi.

Bagi aku, biarlah blog aku ini akan menjadi seperti diari yang menyimpan susur galur perjalanan hidupku. Kelak nanti bila aku sudah tiada lagi di dunia ini, anak dan cucu aku masih dapat mengikuti sejarah perjalanan hidup ayah atau tok mereka dahulu.

Walaupun aku tahu sedikit sebanyak aku seperti membuka pekung di dada sendiri. Mencerita perihal dalaman diri dan keluarga yang kemudiannya di tatap oleh rakan-rakan. Kemudiannya kekadang tulisanku menjadi gurauan di tempat kerja maupun di mana-mana. 

Aku terpaksa terima dan menelan itu semua walaupun pahit. Aku perlu akur pada dunia tanpa sempadan, pada hak orang lain membaca, mentafsir dan menyebarkan pada orang lain.


SIAPAKAH PENULIS INI?..
NANTIKAN KEMUNCULAN BIODATANYA...

7 comments:

SoLy SoLicious said...

waauu..pengenalan diri yg menarik ^__________^

isma said...

wah... dah mcm cerpen bersiri..
menarik... ternanti pemilik nurkilan tu...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wow.. memang betol2 ikhlas.. anti bile dah cukup 10 tahun berblog leh dibukukan :)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

berserita hal peribadi di blog harus ada sempadan juga sebab rahsia peribadi tak senua bkh di jadikn bacaan umum. ia melibatkn byk pihak.. ini cuma pandangan peribadi. siapakah blogger tu??? nk tau jugak

Santri T.P.I.N.I said...

SALAM KUNJUNGAN...TRM KASIH SBB SUDI JENGUK BLOG SY.

Citarasa Rinduan said...

agak2..
blog kak ayu jujur sangat tak NUR?

insan_marhaen said...

Sorry lah, IM baru terbaca tulisan ni.
Terima kasih atas segalanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...