Nak Souvenier best?

Sejak kemalangan itu, saya tidak lagi bersekolah

~BERSYUKURLA KITA YANG SEMPURNA BERBANDING YANG KURANG.


KEKURANGAN diri tidak pernah menghalang Shahrul Nizam Mohd. Hanafiah, 39, daripada meneruskan hidup walaupun dia hakikatnya bergantung kepada kerusi roda sahaja untuk bergerak ke mana-mana.
Kejadian terjatuh daripada sebatang pokok yang dipanjatnya pada umur 14 tahun benar-benar mengubah kehidupan anak kedua daripada tiga adik-beradik ini.
“Sejak kemalangan itu, saya tidak lagi bersekolah. Kecederaan tulang belakang akibat jatuh pokok itu menyebabkan saya lumpuh daripada paras pinggang ke bawah.
“Saya cuma mengikuti kursus menjahit di Pusat Pemulihan Cheras pada tahun 1996 pada umur 23 tahun.
“Saya mengambil masa yang lama untuk belajar semula disebabkan pada masa itu belum ada klinik pemulihan khusus untuk golongan seperti saya.
“Saya memilih kursus menjahit kerana ia bersesuaian dengan keadaan saya dan kerja itu boleh dilakukan di mana sahaja,” jelasnya yang berasal dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor.

3 comments:

Leeza dayasari [santai leeza] said...

usaha tangga kejayaan.. yg penting jgn mudah putus asa.

atuk said...

Assalamualaikum Nur

moga Allah permudahkan dia

Cikli said...

Subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...