Nak Souvenier best?

Suka menduakan suami.

~Rasanya perkara atau isu di bawah ni memang bukan saja ada dalam drama drama tetapi berlaku juga dalam realiti. Siapa yang berpengalaman hadapi situasi begini? apa nasihat anda?


(metro): SAYA seorang remaja yang baru saja menceburi dunia pekerjaan. Masalah ini membabitkan seorang pekerja lain.
Sebagai pekerja baru, saya perlu bersikap ramah dengan semua pekerja untuk membina pengalaman. Alhamdulillah semuanya baik manakala ramai pekerja perempuan juga sudah berkahwin. 
Masalahnya, ada seorang pekerja (saya gelarkan sebagai B) yang berkahwin namun suka menduakan suami.

B tidak mempunyai anak dan ramai rakan lain menceritakan keburukan sikapnya malah ada mengatakan dia terlanjur, cuma suami B tidak mengetahuinya.

Saya bengang dengan keadaan ini dan pernah mahu memberitahu suaminya namun rasa serba salah.

B juga sering mengambil cuti untuk bersama kekasihnya tanpa alasan munasabah. Saya tidak selesa dengan keadaan ini.

MELUAT,
Pulau Pinang
 

7 comments:

#ciksuzlin said...

Dengar dari mulut orang je pun. Tak boleh nak agak juga, nanti jadi fitnah. Try be friend with B, and understand situasi sebenar, or else, jgn masuk campur rumah tangga orang. yang kita cuma mampu buat hanya berdoa Allah s.w.t. buka hati dia untuk bertaubat.

Sekadar bagi pendapat (^_____^)"

Anum said...

macam2 kan

Sufia Mahzan said...

Prnh terjadi di klgn rakan sekerja pula. Mula kata kwn lama, tgk mkn rapat. Mule2 kluar, ajak kwn lain/saya teman, then kluar berdua je. Bila nasihatkan, dia kata dia tak bahagia dgn suami.

Lama-lama mkn meluat tgk perangai mcm budak remaja bercinta, angau sampai kerja tak settle. Bila kantoi dgn husband, kite pula jadi kambing hitam.

Smpi skrg tak bertegur. Kite pula dianggap musuh pdhal jelas salah dia menggatal dgn lelaki lain. Dgn suami, saya pula diburukkan...

Tak kuasa saya nak defend diri saya sdgkn semua org di tmpt kerja tahu situasi sebenar. Tak rugi lah takde kawan mcm tu.

Nurul Nadia said...

yang si meluat tu dapat apa pulak duk sibuk rumahtangga orang..
Betul ke cerita tu?Tak baik jugak dengar orang mengumpat hal orang lain.
Kalau ya pun hal tu betul, sebagai pekerja baru..pastu tak pernah kawin plak tu tak perlu lah nak masuk campur sangat...
Orang muda camtu lah, rasa macam diri dia betul semuanya.

If betul2 ada rasa tanggungjawab sebagai muslim lebih baik nasihatkan kawan tu dengan baik. Tulis surat maybe...kalau tak berani berdepan.

Ni saja nak lariskan suratkhabar je topik macam ni..huhu..

I know realiti tetap ada kerenah manusia macam ni...jangan kita plak ambik port mengumpat sana-sini.Tambah gula garam bagai bagi sedap lagi cerita version kita. Diam lebih baik...

Dan kepada yang meluat tu..takut karang orang plak meluat tengok kita..huhu...

KY said...

membuka aib org lain itu dosa..

Kesuma Angsana said...

byk kesmcm ni sebenarnyer!

♥ Nana BamBam ♥ said...

ngumpat org je..nasib baik tak mention nama b tu..ishh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...