Nak Souvenier best?

Sakit Lutut.. ouch..



Jawapan Prof Nizar:
Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan.Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.
Akibat semua perubahan ini pergerakan pada sendi akan menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan.
Pada peringkat awal proses ini akan menimbulkan tindak balas inflamasi / keradangan, itu menjawab kenapa pada peringkat awal ubat than sakit seperti ponstan dan celebrex dapat melegakan sakit.

Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.
Semua sakit artritis cenderung untuk berbunyi ‘klik’ kerana geseran kasar sendi tadi dan juga daripada ligamen dan tendon otot yang mengalami beberapa perubahan degenerative pada masa sama.
Semua sakit sendi akan memberi gejala kaku / ketat sendi bila lama berehat seperti baru bangun tidur atau lama menonton TV. Jadi pantang larang untuk orang sakit sendi ialah jangan berehat lama.

8 comments:

Anum said...

good info

faraherda.razalan said...

Tiba2 rs ngilu!

Kesuma Angsana said...

kesian tgk orng2 yg menghidapi masalah ini!

Ikin Jaldin said...

singgah baca sini :D

♥ Nana BamBam ♥ said...

ouchh....x tau nak cakap apa

ariff al-baqi said...

saket lutut ke tu.. haha

etuza said...

banyakkan rehat, makan makanan yg menyihatkan ya

Anonymous said...

hanya minum susu nesvita calciplus blh membantu tetapi jgn minum anlene
www.abanghebat4u.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...