Nak Souvenier best?

Petua ibu bapa dan Anak..

Dari mymetro:

Rancang percutian dalam masa tiga bulan akan datang. Dapatkan pandangan dan persetujuan daripada setiap ahli keluarga. Semak menerusi Internet destinasi yang ingin dituju kemudian minta anak-anak merancang aktiviti bergantung kepada jadual perjalanan menerusi laman sesawang itu.

Rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu. Ia mungkin aktiviti di luar seperti berkelah, menunggang basikal, berjoging, berkebun atau aktiviti dalaman seperti bermain boling, berkaraoke atau menonton wayang bersama keluarga. Apa saja yang dilakukan seharusnya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Senaraikan beberapa lokasi yang boleh dituju dalam kembara sehari. Pastikan setiap ahli keluarga mengambil bahagian dalam perbincangan untuk menentukan lokasi itu dan aktiviti yang akan dilakukan. Jadikan acara ini sebagai aktiviti bulanan. Ketika dalam perjalanan ambil gambar sebanyak mungkin kemudian kongsi bersama keluarga apabila pulang daripada destinasi nanti. Pastinya semua akan ketawa apabila melihat koleksi gambar yang melucukan ini.

Sekiranya berhajat melakukan aktiviti perkhemahan, sebaiknya kumpulkan seluruh ahli keluarga yang ingin berkhemah bersama. Bincang lokasi yang ingin dituju kemudian sediakan peralatan perkhemahan seperti khemah, beg tidur, makanan dan keperluan memasak. Rancang aktiviti bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak supaya masing-masing dapat merasai keseronokannya.

Perkenalkan malam tayangan gambar di rumah dan pastikan setiap ahli keluarga menyertainya. Pilih filem yang ingin ditonton kemudian beli video cakera padat asli agar memberi pengajaran yang baik kepada anak-anak. Pastikan anda menggunakan cahaya lampu yang malap seperti di panggung wayang kemudian sediakan makanan ringan dan minuman supaya anak-anak dapat menonton dengan selesa.

Sekiranya tiada jamuan ulang tahun hari lahir dalam masa terdekat, apa salahnya mengadakan jamuan sekadar suka-suka untuk meraikannya bersama keluarga. Anda boleh menjemput rakan anak anda dan menyediakan makanan dan minuman ringkas. Pada masa ini, mereka boleh saling bertukar pendapat sekali gus merapatkan hubungan sesama keluarga.

Bilakah kali terakhir anda bermain permainan dengan anak-anak? Jika sudah terlalu lama tidak melakukannya apa kata buka kembali Monopoly, congkak, teka silang kata atau bermain kad dan tunjukkan kebolehan anda bermain bersama mereka.

Tetapkan peraturan siapa yang kalah akan diminta menghantar sarapan pagi ke bilik tidur. Apabila ini berlaku suasana pasti menjadi kelam-kabut kerana masing-masing akan menunjukkan bakat dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Ketika ini, terserlah keceriaan pada wajah masing-masing, tambah pula apabila ibu menyediakan makanan dan minuman ketika perlawanan berlangsung.

2 comments:

najihahfara said...

bole je :)

Adzrien Shoppe said...

kadang2 sempat juga main badminton dengan anak2. kalau nak congkak kena tunggu cuti panjang. begitu juga main PS2 lumba kereta. maknya pun dah jadi mcm budak2 je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...