Nak Souvenier best?

Cerita Johan As'ari. Juvana.

BERCERITA dengan pelakon Johan Arrif As’ari, 25, (gambar) atau lebih dikenali dengan panggilan Botak, pemuda ini sebenarnya tidak senakal seperti yang digambarkan dalam drama bersiri Juvana di TV3 yang telah melabuhkan tirainya pada 18 Julai lalu.

Johan yang memegang watak itu cukup nakal kerana sanggup membuli pelajar-pelajar lain di sekolah pemulihan akhlak, Wira Bakti.

Apabila mendekati pemuda ini dia seorang yang ramah dan berterus terang. Watak dalam drama jauh berbeza dengan sikapnya yang sebenar.

Johan pernah belajar di sekolah pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia selama setahun ketika berusia 20 tahun.

Di situ, dia melalui rutin hidup yang berdisiplin dan penuh dengan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah, mendengar kuliah agama dan menghafaz ayat al-Quran.

“Dalam tempoh setahun, kawan-kawan saya berjaya menghafaz lebih daripada satu juzuk tetapi saya mampu untuk satu juzuk sahaja. Saya tidak tahu di mana kekurangannya tetapi saya seronok belajar di situ bersama-sama lapan orang kawan yang lebih muda daripada saya.

“Walaupun tidak lagi belajar di situ, saya tetap meneruskan aktiviti seperti mengaji di rumah. Apabila terpandang jubah pemberian ayah serta syiling yang dihadiahkan oleh Imam Masjid As-Syuhada di Jambi, semua kenangan silam di sana pasti mengusik minda saya,” katanya kepada OopStarz!.

TAK SANGKA YE..

3 comments:

Rai said...

muka je jahat..dalam hat iada taman..hehehe...

Bui Junaidi said...

don judge the buku by it cover..hehehe

Mas said...

suka tengok watak johan dalam juvana.....
memang hidup wataknya...

johan tu klu botak nmpk jahat..
bila dah tumbuh rambut..
boleh pegang watak ustaz la..he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...