~Bila agaknya nak pilihanraya umum ni.. Berikut petikan surat dari pembaca untuk akhbar mstar supaya mempercepatkan pilihanraya.. Bukan dia je kot BOSAN menunggu..
Bulan ini adalah bulan pembentangan bajet. Bulan depan (Okt) adalah bulan orang Islam mengerjakan haji.
Bulan Disember adalah yang paling tidak sesuai kerana musim tengkujuh tiba dan ini memberi masalah kepada persediaan logistik dan juga persediaan untuk mengadakan satu pilihan raya umum.
Maknanya, jika tidak diadakan pada tahun ini, maka kita semua terpaksa melupakan pilihan raya umum sehinggalah menjelang tahun hadapan.
Tahun hadapan pula, kerajaan yang ada sekarang hanya sah berkuasa secara teknikalnya sehingga 28 April kerana menjelang tarikh itu, genaplah lima tahun pemerintahannya - iaitu suatu tempoh maksimum sesuatu kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat untuk berkuasa dan memerintah.
Selepas tarikh itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.
Ini bermakna, paling maksimum pun pilihan raya perlu diadakan menjelang Jun 2013.
Namun begitu, ini belum lagi lah pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara kita.
Tahun hadapan dengan ekonomi global dijangka menjadi lebih tidak menentu, apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia mengambil risiko tersebut.
Bagi saya, jalan yang paling selamat ialah adakan pilihan raya tahun ini.
HAJI MARSID
Pendang, Kedah
3 comments:
28hb sept ni..
lps raya aji
tarikh PRK kat u saya dah umum... hehe
Post a Comment