~Macam-macam jenayah..
KPWKM berkata, institusi keluarga berperanan penting mencegah dan menangani kes rogol mangsa bawah umur di kalangan remaja dan ibu bapa perlu mengawasi pergerakan dan perlakuan anak mereka demi masa hadapan.
Menurut kenyataan itu, KPWKM menghormati keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas dua lelaki dewasa yang didapati bersalah dalam kes rogol mangsa bawah umur, baru-baru ini.
"Pada masa yang sama, KPWKM memandang serius pandangan masyarakat yang beranggapan hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua lelaki itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan jenis jenayah yang dilakukan,” katanya.
Sebagai negara pihak kepada dua konvensyen antarabangsa yang diratifikasi pada tahun 1995, iaitu Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan dari aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi, menurut kenyataan itu. – BERNAMA
1 comments:
Hukumannya ringan kerana tidak dipandukan hukuman Islam..
Post a Comment