KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 orang dari segenap lapisan masyarakat membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini bagi melihat dengan lebih dekat lagi pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine.
Duke dan Duchess of Cambridge yang tiba pada pukul 10.30 pagi itu disambut dengan sorakan daripada orang ramai yang tiba seawal pukul 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain.
Pasangan itu dibawa menaiki buggy dari luar pusat membeli-belah Suria KLCC sehingga ke pintu masuk taman dan kemudian berjalan kaki untuk bersalaman dan melambai kepada orang ramai.
Ketibaan Putera William dan Catherine di Taman KLCC disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum iaitu gambus, kulintangan, sape, sitar dan er hu.
Orang ramai yang hadir ternyata teruja dan kagum dengan kecantikan Catherine yang memakai gaun paras lutut berwarna putih mutiara dan kesegakan William yang menyarungkan sut berwarna biru gelap.
Putera William dan Catherine atau lebih dikenali sebagai Kate sentiasa melemparkan senyuman kepada orang ramai yang turut memberikan kuntuman bunga ros serta pasangan itu juga beramah mesra dengan orang ramai tidak kira usia dan bangsa.
Priyenshar Sebastian, 19, yang datang sejak 8 pagi bersama rakannya Sangeeta Arokiasamy, 22, gembira sehingga tidak mampu berkata-kata apabila melihat pasangan diraja itu di hadapan mata mereka.
2 comments:
He..he... baru tau....memang katak bawah tempurung betul OKje ni hheee
cheap jordans
yeezy boost 350
supreme hoodie
nike air max 270
fila shoes
michael kors handbags
hermes
curry 5 shoes
off white clothing
off white
Post a Comment