Nak Souvenier best?

Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini.

TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA..


Keputusan kemasukan ke IPTA hari ini
KUALA LUMPUR - Keputusan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal boleh diketahui hari ini mulai pukul 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa berkata, calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web http://upu.mohe.gov.my., http://www.jpt.utm.my, http://jpt. uum.edu.my, https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.
"Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan atau pilihan bidang calon atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya.
Beliau berkata, keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 dan 03-8870 6777.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...