Antara agenda yang digariskan pada sambutan perhimpunan itu termasuk persembahan patriotik, kawad, pertunjukan seni bela diri, Tweet Paling Banyak Dalam Sejam di Malaysia (Tweet Up Merdeka), Unity Walk, penganugerahan Sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 Ikon Generasi Muda serta cabutan bertuah.
Mengulas senarai penyertaan yang dibuat, Kamaruddin berkata, ia bertujuan memastikan jumlah khalayak hadir menepati sasaran.
“Walaupun kami ada senarai, namun ia tidak bermakna kita tidak menjemput rakyat untuk turut serta memeriahkan sambutan...mereka yang nak datang boleh naik LRT dan kenderaan sendiri.
“Atas dasar itu juga kami berusaha mendapatkan kerjasama Prasarana untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam sambutan ini. Kita mahu orang ramai turut serta menonton persembahan dan mendengar ucapan serta amanat Perdana Menteri sempena Merdeka,” katanya.
Mengenai program Tweet Up Merdeka, Kamaruddin berkata, sasaran utama pada malam berkenaan untuk menarik rakyat mengeluarkan pelbagai komen menerusi #Merdeka55, sekali gus memecahkan catatan The Malaysian Book of Records terdahulu.
1 comments:
selamat hari raya merdeka.. 2 in 1.. meriah weekend ni kan beraya dan bermerdeka...
Post a Comment